35

104 6 0
                                    

RUMAH LINDA, 9:10am.

Muiz dengan santai melangkah masuk ke rumah sewa Linda tanpa sebarang keraguan.

Matanya tertumpu pada dua figura manusia yang lena tertidur di lantai hanya beralaskan toto.

Senyuman nipis terukir dibibirnya.

"Awal Tuan datang" Linda bersuara sambil melangkah dari dapur ke ruang tamu.

Dia membawa secawan teh o panas ke arah meja makan.

"Tuan nak minum?"

"Boleh juga, kopi pahit"

Linda sekadar mengangguk.

"Dorang tak cuba lari ke semalam?" Muiz menyoal sambil melangkah ke arah meja makan.

"Tak Tuan"

Lincah tangan Linda membancuh kopi.

Muiz sekadar memperhatikan figura Iman dan Dhia yang masih tertidur.

Fikirannya kosong. Terasa tenang melihat dua tahanannya yang terlena tanpa sebarang gangguan. Bukan tenang kerana mereka tak larikan diri. Tapi tenang kerana melihat mereka tenang.

Linda membawa secawan kopi pahit lalu diletakkan hadapan Muiz.

"Nah Tuan"

"Thanks"

Kopi pahit dihirup secara perlahan-lahan.

Linda mengambil tempat duduk tepat dihadapan Muiz. Seperti biasa laptop dan fail kerja juga sudah tersedia di atas meja tersebut.

"Macam mana? Dah cek cctv kawasan tu?" Muiz bertanya sambil mencapai fail yang menumpuk.

"Dah. Ada 4 cctv. Dua pintu masuk, satu pintu belakang. Satu lagi dekat bahagian tengah"

Linda menaip beberapa password.

Papan kekunci -ENTER- ditekan maka keluar satu layaran seperti keadaan dalam cctv.

"Ni Tuan keadaan dalam lokasi tersebut" Linda membalikkan laptopnya agar Muiz dapat melihat.

"Laju kau hack" satu pujian diberikan.

Linda tersengih setelah menerima pujian.

"Dari malam tadi saya cuba, ni baru dapat log in"

"Nice job" kali kedua Linda mendapat pujian.

Muiz memerhati satu persatu paparan cctv tersebut.

Satu perkara yang membuatkan dia tersenyum puas. Cctv tersebut berjaya merakam satu jadual. Walaupun Muiz tak tahu apa maksud jadual tersebut. Tapi dengan adanya Iman, mungkin dia tahu maklumat baru.

***************************************

Perlahan-lahan Iman membuka matanya.

Berkerut dahinya apabila perkara pertama yang dilihat ialah wajah tampan seorang lelaki.

Muiz tersenyum sambil merapatkan lagi wajahnya dengan Iman. Santai Muiz duduk bersila disebelah tubuh Iman.

"Good morning!" Dengan penuh semangat Muiz menegur Iman.

Iman masih lagi terpaku tak terkata melihat ketampanan Muiz.

"Mo..morning..". Tersipu-sipu Iman membalas sapaan Muiz. Kali pertama jantungnya berdegup lebih laju dari biasa.

"Lena tidur?". Mesra Muiz menyoal. Dia menongkat dagu sambil tersenyum.

Iman masih terbaring sekadar mengangguk lemah.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now