8

175 9 0
                                    

Rumah Hafizh,11:58PM.

Aku melangkah masuk ke ruang tamu rumahnya yang simple tetapi terlihat mewah. Rumah bujang, jadi tak terlalu banyak kelengkapan.

Kini hanya tinggal aku dan Hafizh.

Dapat aku lihat susuk tubuh Hafizh terbaring di sofa.

Kepenatan mungkin, aku pon merasakan seluruh tubuhku keletihan.

Sejak aku sampai di Malaysia semalam, belum lagi aku berehat dengan secukupnya.

Tiba-tiba dah jadi isteri orang.

Kedua kelopak matanya dibuka.

Hafizh memandang ku lalu tersenyum.

"Bilik aku yang mana?" aku menyoalnya sambil membawa bagasi dan beg galas yang aku sambil dari keretanya.

"Ada 1 je bilik tidur kat rumah ni. Lagi 2 tu bilik stor dengan bilik kerja aku" jawab Hafizh kemudian bangun dari duduknya.

"Jadi aku akan tidur di ruang tamu" aku meletakkan bagasi ku di sofa sebelahnya.

"Mana ada suami isteri tidur berasingan" Hafizh menghampiri ku lalu membawa bagasi ku menuju bilik yang tadi aku gunakan semasa bersiap.

"Kau tidur sebilik dengan aku" dia memandang wajahku sebelum melangkah masuk ke ruangan bilik.

Berderau darah ku mendengar arahannya.

Sebilik? Dengan lelaki yang baru sahaja menjadi suami ku?

Tak boleh! Aku kena lawan! Aku tak boleh tidur dengan dia. Tengok dari cara dia pon, macam lelaki miang.

Aku berlari anak menuju ke bilik tidurnya.

Kali ini lebih mengejutkan aku.

Hampir separuh zip bagasi ku dibuka olehnya.

Sepantas kilat aku menghentikan nawaitunya. Tangannya ku tolak hingga dia melepaskan pegangannya pada bagasiku.

"Biar aku uruskan sendiri" berdetak laju jantung ku sambil merampas bagasi ku agar menjauh darinya.

Bahaya! Bahaya! Bahaya!

Bahaya jika dia melihat pakaian dalam ku!

Terlebih bahaya jikalau dia melihat senjata pistol revolver yang baru ku beli di Rusia.

"Takpe lah, kau pergi mandi. Biar aku kemaskan baju kau dalam almari" arahnya sambil membuka luas pintu almari bajunya.

Pantas aku menutup semula zip bagasi ku.

"Kau la mandi dulu! Biar aku sendiri yang kemas" keras aku memberinya arahan.

Berkali dia ingin merampas bagasi ku.

Setelah lama dia mencuba, akhirnya dia mengalah.

Hafizh merenung tajam mataku.

Dah macam singa kelaparan!

Dia berdiri sambil menjelingku.

"Cis! Nak tengok seluar dalam isteri sendiri pon tak boleh" Hafizh merengus kecil.

Meremang bulu ku mendengar ayat nya sebelum masuk kedalam tandas. Kan betul aku cakap! Lelaki miang!.

Laju aku mengemas baju ku kedalam almari. Pakaian dalam aku letak sekali gus dalam lipatan baju.

Aku duduk di atas tilam sambil membuka selendang sulaman yang telah disangkut dengan dandanan rambutku.

Selendang dilipat kemudian ku letak dalam almari.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now