44

108 8 0
                                    

Beberapa hari berlalu,

Muiz meninggalkan pesanan buat adik perempuannya.

"Kalau ada apa apa adik call along. Ingat, ni rahsia kita berdua je. Faham?". Sekali lagi Muiz menegaskan.

Mimi mengangguk tanda faham. Walaupun dia tak tahu apa yang berlaku, tapi melihat kerisauan diwajah abangnya sudah cukup membuktikan ini bukan masalah kecil. Malahan wajah perempuan yang sedang terbaring lena di atas katilnya sama persis dengan wajah Dhia. Lebih menyakinkan bahawa semuanya tersangat lah serius.

Kepala Mimi diusap lembut oleh Muiz.

"Along gerak dulu, Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam"

Muiz tiada pilihan lain selain membawa Iman pulang ke rumahnya. Linda masih dalam proses pindah rumah. Rumahnya yang telah diserbu mana mungkin dia akan tetap tinggal disitu. Pasti akan dijadikan sasaran sekali lagi.

Walaupun begitu, ibu dan ayahnya pasti akan curiga. Muiz perlu bertahan 2-3 hari lagi sementara ibu dan ayahnya datang melawatnya dari kampung. Dia harus segera memikirkan cara lain.

*******

Dhia mengenakan pakai serba hitam serta memakai mask mulut.

Selang beberapa minit, sebuah kereta Bezza berhenti disebelahnya. Turun seorang lelaki berpakaian sut lengkap. Mengenakan kaca mata hitam. Rambutnya tersusun rapi. Kulitnya
putih hampir sama putih dengan Dhia. Langkah diatur mendekati Dhia.

"Laura?".

Dhia memandangnya dengan tatapan kosong.

Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dhia. Namun Dhia tidak membalas. Matanya teralih pada tato di tapak tangan lelaki itu. Tato salib.

"Tak ada sebab untuk aku bersalam dengan kau".

Tersenyum sinis mendengar ucapan kasar dari Dhia.

"I Adrian. Ceo bank. Lebih tepat lagi Ceo bank secara haram".

Adrian mula memperhatikan wajah Dhia yang masih tertutup mask.

"I pernah tengok mata tu.. Tapi dekat mana eh?".

Lama dia menatap mata Dhia. Tatapan Dhia masih kosong.

Adrian mengangkat kedua tangan separuh keatas. Tanda menyerah.

"Nevermind". Adrian mengeluh. Misinya ingin menggoda Dhia gagal.

Dhia menjongkit kan sebelah kening.

"Wait a second". Adrian melangkah ke arah bonet kereta. Sarung tangan dipakai sebelum dia menyentuh suitcase berwarna hitam serta berkunci.

Kunci dibuka. Dhia melangkah mendekati Adrian.

Beberapa keping not wang ringgit diikat kemas dan tersusun rapi.

"Total 80k".

Dhia berkerut dahi. Wajahnya jelas terlihat bahawa dia tidak berpuas hati.

Melihat wajah berkerut wanita dihadapannya, Adrian mengeluh kecil.

"Of course not only this, I tak boleh keluarkan semuanya. Nanti ada yang curiga". Adrian berbisik sambil menurunkan sedikit kaca matanya. Kini Dhia dapat melihat biji mata Adrian dengan jelas walaupun sekejap. Mata yang berwarna biru muda serta bulu mata yang nipis namun melentik.

Senyuman manis diberikan pada Dhia.

Kini suitcase yang berisikan duit telah bertukar tangan.

"Thanks". Dhia berlalu pergi. Begitu juga Adrian.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now