19

142 6 0
                                    

BILIK MESYUARAT, 9:08AM.

Linda fokus membaca apa yang terpapar pada skrin laptop.

"Anisa atau dikenali sebagai Ani. Lahir di Kuantan dan membesar di Perak. Mula bekerja di pusat pelacuran semasa berumur 17 tahun di Johor"

"Kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur setelah pusat pelacuran johor telah diserbu oleh pihak berkuasa"

Linda memandangku dengan serius sebelum kembali melanjutkan penerangannya.

"Setelah berpindah ke KL, jumlah pelanggannya semakin bertambah dan dia telah dinaikkan pangkat menjadi pelayan seks peringkat atas" (peringkat atas maksud pernah dilanggan oleh orang ternama)

"Kau ada dapat senarai rekod pelanggan dia?"

"Ada Tuan, kejap saya ambil dekat Nabil. Saya dah minta dia print tadi" Linda melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Sementara menunggu, aku membaca semula maklumat dan gambar yang masih terpapar di laptop Linda. Tak dinafikan lagi, perempuan ni memang Puan Ani. Sama persis!. Tak banyak perubahan dari zaman remaja.

Tak ambil waktu lama, Linda masuk semula dalam bilik mesyuarat sambil membawa beberapa helai kertas.

"Maaf lambat Tuan"

Senyuman nipis aku berikan.

Beberapa helai kertas dihulurkan padaku.

"Ni antara rekod terakhir yang kami dapatkan"

Membulat mataku melihat nama yang tertera.

"Muhamad Kamal atau suspek 2 adalah pelanggan setia Puan Ani"

"Apahal banyak sangat rekod Kamal ni. Bapak ayam jenis apa dia ni" berkerut dahiku melihat senarai nama pada kertas tersebut.

Helaian demi helaian aku alihkan.

"Puan Ani meninggal dunia kerana kemalangan. Selebihnya kami tak dapat menjumpai sebarang maklumat"

Aku bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

"Ada apa-apa lagi yang Tuan nak saya carikan?"

Aku menggelengkan kepala.

"Linda, suspek 2 ada dekat mana sekarang?" aku berdiri sambil menyoal.

Mendengar soalan ku, pantas Linda menaip keyboard laptop.

Beberapa helai kertas aku masukkan dalam fail.

"Suspek sekarang sedang bekerja"

"Location?"

"Saya akan hantar email"

"Thanks"

Aku mengatur langkah ke arah pintu.

"Tuan!"

Segera aku menoleh ke arah Linda. Linda memberikan pandangan serius pada ku. Itulah kali pertama aku merasakan jiwa serius darinya.

"You can do it!"

Aku tersengih.

"Heh, kau ingat aku siapa?"

Sempat aku lihat Linda tersenyum sebelum aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

Aku melangkah keluar dari balai tanpa bertegur sapa dengan pegawai lain. Entah kenapa aku mengingat semula Tuan Hassan menyuruhku segera menyelesaikan kes ni. Entah apa pegawai lain buat tak tahu, sampai aku perlu hadap semua kes.

Dari kejauhan terlihat susuk tubuh Dhia sedang bersandar di kereta sambil menelefon seseorang.

"Siapa pula yang dia call tu? Mimi ke? Tapi Mimi ada class waktu pagi ni"

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now