1

388 17 0
                                    

Indonesia, Pulau persendirian. 11:28PM.

Kereta dipandu laju memasuki kawasan parking di sebuah hotel yang agak mewah.

Setelah mendapat parking, aku melangkah keluar dari perut kereta kemudian laju mendekati lif.

Butang nombor 30 lif ditekan.

Jam tangan aku kerling buat seketika, 11:30PM.

Aku menyarungkan sarung tangan hitam. Malam itu aku mengenakan pakaian hitam bagi memudahkan pergerakan aku pada waktu begini.

Tingggg

Aku melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif dibuka.

Dapat aku lihat dari ekor mataku, seseorang mendekati aku.

"Benar kau sudah nekad Dini?" Soal lelaki yang berbadan agak sado berjalan seiring denganku.

"Ya, aku sudah nekad. Ini adalah misi terakhir aku. Setelah itu aku akan menarik diri dari BB" jawab ku tenang tetapi kedengaran meyakinkan.

"Baik, Gudluck!" Ujar lelaki itu memberi aku semangat sebelum memasuki satu bilik. Beberapa minit kemudian keadaan hotel menjadi gelap gelita. Untung malam itu aku memakai cermin mata Night Vision.

Langkah aku berhenti setelah berada dihadapan pintu Yang diperbuat daripada besi. Disebelahnya terdapat Smart Door Lock.

Laju aku memasukkan kata kunci lalu pintu besi itu terbuka.

Aku melangkah masuk dengan berhati-hati.

"Apa kau datang sendiri?"

Suara serak basah lelaki tua membuatkan aku sedikit terkejut.

Aku lihat dia sedang duduk santai di sofa mewah bersaiz King sambil matanya fokus melihat Tab ditangan hanya ditemani cahaya lampu meja.

"Ya, aku datang sendiri" jawab ku tenang.

Mata ku teralih pada Tab ditangannya. Dapat aku lihat dengan jelas Tab orang tua itu sudah disambung dengan CCTV di seluruh kawasan hotel itu.

"Kau sudah sedia?" soalku masih lagi tenang.

Aku menghala kan pistol ke arah nya. Laser merah pada pistol tepat berada di belakang kepalanya. Aku harus membunuh lelaki tua ini secepat Yang mungkin. Ianya arahan dari bos. Hanya ini satu caranya agar aku dapat keluar dari neraka ini.

"Aku sudah menunggu lama saat ini" lelaki tua itu berdiri menghampiri meja yang tidak jauh darinya. Dia mengeluarkan pistol dari poket seluarnya kemudian diletakkan di atas meja.

"Lawan denganku, aku ingin melihat bakat kau" wajahnya memandang aku sinis.

Aku mengerti maksudnya. Dia ingin aku berlawan dengannya tanpa bergantung pada senjata.

Aku meletakkan pistol ke lantai kemudian pistol aku sepak sedikit ke arah lain.

Orang tua itu menghampiri aku dengan senyuman.

Apabila jarak aku dan dia tidak terlalu jauh. Laju aku menghayun tendangan ke arah kepalanya.

Dia menahan tendanganku dengan tangannya.

Sekali lagi aku cuba menghayun tendangan tetapi berlawanan arah.

"Oh begitu" ujarnya tenang.

Kali ini kaki aku dipegang erat kemudian ditarik ke atas. Kini kepala ku berada di bawah manakala kaki aku berada diatas masih digenggam erat.

"Oh Laura lihat lah bentuk badan kau, begitu menawan" ujar lelaki tua tadi sambil mengangkat tinggi kaki aku hingga menemukan wajah ku berhadapan dengan wajahnya.

"Heh, dasar orang tua. Lihat wajah ku, aku bukan Laura tetapi Dini. Apa kau sudah tidak dapat membezakan antara aku dengan Laura?" aku menjawab dengan tenang walaupun kaki aku terasa sakit akibat genggamannya.

"Walaupun wajah kau Dini, tetapi kau adalah Laura. Ingin aku buktikan?"

Sebelah tangannya memegang erat wajahku kemudian ditarik kuat.

Wajah dan rambut palsu aku dicampak ke lantai oleh lelaki tua itu.

Kini dia sudah melihat wajah asli aku.

Jadi dari awal dia sudah tahu aku sekadar menyamar sebagai Dini.

Tidak. Sebetulnya, dia tidak tahu bahawa aku menyamar. Tetapi dia tahu semasa aku melakukan tendangan kali kedua. Dia dapat membaca pergerakan aku bahawa aku adalah Laura.

Tetapi itu tidak menggagalkan rancangan aku.

"Aku tahu kau akan datang kesini kerana firasat aku tidak pernah salah. Semasa aku lihat wajah kau, penyamaran kau sebagai Dini menjadi. Tetapi semasa berlawan, terserlah yang kau adalah Laura. Gerak-geri yang aku lihat sewaktu kali pertama kali kau bekerja disini" ujar lelaki tua itu panjang lebar sambil sebelah tangannya mengusap lembut pipi ku.

Pantas aku menghayunkan tumbukan ke arah wajahnya.

Secara tak sengaja dia melepaskan kaki ku, lalu laju aku menendang kuat bahagian abdomennya sebelum kedua kaki ku mendarat ke lantai.

Lelaki tua itu sedikit membongkok menahan sakit.

Tidak aku berikan dia masa untuk memulihkan kesakitannya, pantas aku menendang kepalanya menggunakan kaki bahagian luar hingga dia terjatuh ke lantai.

Selang beberapa saat dia kembali berdiri.

"Hahaha, kau telah membuatku marah Laura! Aku tidak akan membiarkan kau hidup!" kuat suaranya menjerit.

Keluar urat dari dahi, pipi dan lehernya.

Hanya sekelip mata dia sudah berada dihadapan ku.

Dia menghayunkan tumbukan kearah aku dengan wajah bengis.

Aku tersentak melihat kelajuannya. Aku hanya mampu menutup wajahku dengan kedua lenganku.

Kerana tumbukannya terlalu kuat, aku terlempar ke arah dinding hingga menembus dinding yang lain.

Badan aku tercampak agak kuat membuatkan aku batuk sambil mengeluarkan darah. Sakit yang teramat pada bahagian dada hingga perut.

Ini ke yang dinamakan kekuatan fizikal ditambah hingga 5 kali ganda? Tambah pula dengan ilmu kebal.

Jadi betullah apa yang mereka katakan. Orang tua ini memang mengamalkan ilmu kebal dan kekuatan fizikal 5 kali ganda.

Huh, dasar orang tua tak sedar diri. Dah tua duduk rumah jaga bini, anak, cucu sudah lah. Ini sibuk nak jadi ketua gengster. LEMAH.

Pandangan mataku teralih melihat susuk tubuh yang berada agak jauh dari tempat ku.

Mungkin aku terlempar hingga menembusi 10 bilik atau lebih? Kerana jarak aku dan si tua itu boleh tahan jauh.

Aku cuba berdiri tetapi badan aku mulai lemah. Tidak, ini bukannya masa untuk aku menggunakan seluruh tenaga aku. Dengan keadaan aku yang begini, aku hanya perlu berfikir, gunakan kemahiran berfikir aku untuk selesaikan semua ini. Aku perlu memanfaatkan keadaan sekeliling aku.

Aku hanya dapat menggerakkan kepala ku sedikit untuk melihat persekitaran. Walaupun hanya samar-samar. Tapi aku kenal bilik ini.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now