30

110 5 0
                                    

BALAI POLIS, 9:05AM.

Hampir 2 jam aku membelek beberapa fail kes yang bakal aku kerjakan tak lama lagi dengan Muiz.

"Tuan"

Aku mengalih pandangan pada Linda yang duduk dihadapan.

"Ye?"

"Saya ada soalan nak tanya"

"Silakan"

Linda membetulkan posisi duduknya sambil berdehem.

"Macam mana Tuan Hafizh boleh berkahwin dengan pem- .... Sorry, I mean Puan Dhia?" serius wajahnya ingin tahu.

Melihat keseriusannya, aku tersenyum nipis.

"Aku jumpa dia dekat stesen bas. Masa tu dia tengah nangis sebab rindukan arwah mak dengan ayah dia. Aku kesiankan dia so aku ajak dia kahwin"

Lama Linda terdiam mendengar jawapan spontan ku.

Aku mengeluh kecil. Fail kes ku tutup lalu dicampak ke atas meja kaca.

"Aku takkan berkahwin dengan perempuan yang aku tak tahu latar belakang dia. Isteri aku anak yatim piatu. Orang Indonesia yang amik dia sebagai anak angkat. Dia selalu merantau ke luar negeri atas faktor pekerjaan ayah angkat dia. So of course lah dia kurang kasih sayang. Jelas?" Ku jungkit sebelah kening.

"Tapi Tuan, Isteri Tuan tu sebenarnya-

BUKK!!

Pintu bilik mesyuarat ditolak kuat dari luar.

Kelihatan susuk tubuh Muiz berdiri di pintu sambil nafasnya tercungap-cungap.

"Sorry lambat" ringkas permohonan maaf dari Muiz sedangkan dia sudah lewat hampir sejam.

"No hal bro"

Aku mengalih semula pandangan pada Linda.

"Sorry Linda. Kau nak cakap apa tadi? Isteri aku sebenarnya?"

Linda menggeleng.

"Isteri Tuan Hafizh sebenar cantik. Itu..apa yang saya nak cakap tadi.."

"Kan! Aku pon fikir benda sama!"

Kali ni dia sekadar tersenyum mendengar ucapan ku.

"Semua dah ada?" suara serak basah Tuan Hassan memenuhi ruangan bilik mesyuarat.

"Selamat Pagi Tuan Hassan!" serentak aku, Muiz dan Linda berdiri.

Tuan Hassan sekadar mengangguk.

"Saya taknak berlama, jelaskan mana yang penting" tegas Tuan Hassan memberi arahan pada Linda.

Linda menutup suis lampu bilik mesyuarat dan membuka lcd projector.

"Kes pertama. Pembunuhan berantai yang terjadi baru-baru ni di negeri Johor. Di bahagian dahi kelima-lima mangsa akan ditoreh menggunakan pisau. Angka yang tertulis pada dahi mangsa ialah tarikh haribulan. Walaupun mangsa sudah meninggal lebih dari 2 hari, tapi tarikh yang tertulis didahi mangsa adalah tarikh haribulan dimana mayat mereka dijumpai"

Linda memaparkan beberapa keping gambar mangsa yang diambil oleh ahli forensik.

"Contohnya seperti mangsa pertama. Mayatnya dijumpai setelah beberapa hari mangsa menghilang. Mangsa hilang pada 20 haribulan. Mayat dijumpai pada 23 haribulan. Didahi mangsa tertulis angka 23. Sama juga seperti mangsa yang lain"

"Mengikut maklumat yang forensik bagi, leher mangsa dijerut menggunakan tali, kemudian jantung mangsa akan diambil untuk dijual dan akhir sekali dahi mereka akan ditoreh"

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now