32

93 6 0
                                    

BALAI POLIS JOHOR, 11:04 AM.

"Tapi Tuan bukannya saya tak boleh handle kes ni. Bagi saya sedikit lagi masa. Tak perlu pon minta bantuan Detektif dari negeri lain"

Detektif Rafael terus memujuk Tuan Yusof agar membatalkan hasratnya untuk menjadikan Detektif Hafizh sebagai rakan sekerja.

"Perlu sedikit masa lagi? Aku rasa dah banyak masa yang aku bagi. Tapi hasil nya? Makin bertambah mangsa adalah. Kau nak berapa ramai lagi mangsa? 10?15?20?"

Tuan Yusof meletakkan kedua tangannya diatas meja lalu disilangkan.

"Kalau kau buat kerja ni sorang-sorang memang takkan selesai. Percaya lah cakap aku. Sebab tu lah aku perlu minta bantuan dari Detektif Kuala Lumpur. Baru-baru ni dia berjaya tangkap pembunuh dan menyelesaikan sekali kes yang bertahun dah ditutup"

Rafael terdiam mendengar bebelan Tuan Yusof. Tidak dinafikan, memang betul. Hampir berbulan dia memegang kes pembunuhan bersiri ni, tapi langsung tiada sebarang bukti yang baru dia dapatkan. Balik-balik dia salah tangkap orang.

"Masalahnya Tuan, Detektif dari KL tu nak ke bekerja sama dengan saya? Buat-buat kepala dia lain, kepala saya lain. Kalau sama takpe juga, dapat yang kepala keras. Apa pon tak boleh nanti"

Rafael mendengus geram.

Tuan Yusof berdehem kecil sebelum memulakan bicara.

"Tu, kepala keras yang kau cakap tadi sampai dah pon"

Laju Rafael menoleh ke arah belakang. Kelihatan susuk tubuh tegap lelaki sedang melangkah masuk.

"Silakan duduk Detektif Hafizh" tenang Tuan Yusof mempelawa Hafizh untuk duduk disebelah Rafael.

Hafizh tersenyum nipis lalu mengambil tempat duduk kosong di sebelah Rafael.

"Hafizh, saya minta maaf kerana terpaksa memanggil kamu datang sini"

"Takpe Tuan, memang kerja saya". tersenyum Tuan Yusof mendengar jawapan Hafizh.

"Baiklah, Aizat dah tunggu dekat meeting room"

Serentak Hafizh dan Rafael berdiri kemudian melangkah keluar dari pejabat Tuan Yusof.

"Terima kasih Tuan"

MEETING ROOM, 11:45 AM.

Pintu dikuak dari luar. Hafizh menahan daun pintu sambil memberi laluan untuk Rafael melangkah masuk terlebih dulu.

Rafael mengangguk sebagai tanda terima kasih.

Masih belum ada sebarang perbualan antara mereka.

"Tuan Rafael, Tuan Hafizh" . Aizat tersenyum mesra ke arah dua Detektif tersebut.

Aizat menekan punat pada remote kemudian lampu bilik terpadam. Hanya diterangi cahaya dari LCD Projector.

"Memandangkan Tuan Rafael dah tahu maklumat terperinci tentang kes ni. Saya hanya akan tumpukan pada Tuan Hafizh" . Aizat menghulurkan fail kes pada Hafizh.

Hafizh dengan tenang membelek sehelai demi sehelai.

Aizat kemudian menerangkan satu persatu maklumat tentang kes pembunuhan bersiri tersebut. Walaupun keterangannya hampir sama dengan maklumat yang Linda terangkan padanya beberapa hari yang lepas. Hafizh sekadar memberikan respon mengangguk. Sejujurnya tiada sebarang berbeza pon dengan maklumat sejak beberapa hari yang lalu.

Ini bermaksud, tiada langsung berkembangan dari kes ni. Rafael ke yang handle kes ni? Apa yang dia buat sebelum aku sampai sini? Hafizh berbicara dalam hati.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now