40

114 5 0
                                    

3 hari berlalu,

JOHOR, 12:15am/tengah malam.

Hafizh melepaskan beberapa tembakan ke arah pintu besi.

"Cih, keras kepala betul".

"Tuan". Aizat memberi isyarat tangan bahawa dia akan naik ke tingkat atas.

Hafizh sekadar mengangguk.

Apabila bayangan Aizat hilang dari pandangannya, Hafizh sambung menembak pintu besi yang masih tertutup rapat.

Dengan tenang, Hafizh melekatkan satu bom di bahagian tombol pintu.

Dalam kiraan 3,2,1,0.

Bom!!

Satu letupan kecil telah berlaku.

Laju Hafizh mengatur langkah masuk ke ruangan di mana pembunuh tersebut sembunyi kan diri tanpa menunggu asap letupan hilang.

Bang! Bang!

Pantas Hafizh lari bersembunyi disebalik perabot. Keadaan ruang tersebut agak malap. Terpaksa Hafizh membalas tembakan secara rawak.

"Menyerah jelah Rafael!!".

Hafizh membalas tembakan Rafael.

Bang!

Tembakan terakhir dari Rafael.

"Argh! Sial! Peluru habis!".

Sebaik saja mendengar keluhan dari pihak musuh.

Pantas Hafizh keluar dari sebalik perabot sambil mengacukan pistol ke arah Rafael.

Bang!

"Arghhhh!!". Tembakan Rafael tepat mengenai lengan kiri Hafizh.

"Hahahaha!! Mudah betul kau termasuk dalam perangkap aku!!". Tawa Rafael memenuhi ruang.

Hafizh terduduk menahan sakit.

Rafael melangkah tenang ke arah Hafizh sambil tergelak. Seronok rasa nya apabila melihat Hafizh diperbodohkan.

Pistol sejenis Glock-17 diacukan tepat pada dahi Hafizh. Bila-bila masa Rafael boleh menembak Hafizh.

"Selamat malam Detektif Hafi-

Buk!

Satu pukulan tepat mengenai leher Rafael. Tubuhnya serta merta rebah di lantai.

"Aizat!". Terkejut melihat kemunculan Aizat yang datang memberi bantuan di saat nyawanya dalam bahaya.

"Tuan Hafizh ok?". Aizat menyoal sambil menggari kedua tangan Rafael.

Masuk beberapa orang lagi pegawai polis yang lain.

"Tuan, bom berjaya deactivate. Mangsa juga berjaya diselamatkan". Salah seorang pegawai bersuara.

Hafizh tersenyum puas.

Bilik soal siasat, Johor. 2:30pm/pagi

"Sial, macam mana kau tahu". Kasar Rafael bertanya. Raut wajahnya menunjukkan dia kurang berpuas hati.

"Kan aku dah cakap, kau tak kenal siapa aku".

"Cih!".

"Lagi satu, tengok cara kau pon aku dah dapat teka. Sikap kau yang suka berfoya. Tak pernah buat kerja. Selalu curi tulang. Dengan semua tu, buatkan aku lagi curiga. So aku minta bantuan Tuan Yusof dan adik perempuan Aizat untuk cuba rapat dengan kau. Dari situ la aku dapat teka corak permainan kau. Mudah". Senyuman sinis terukir.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now