9

159 10 0
                                    

6:33AM.

Haruman wangian syampoo menusuk ke rongga hidungku.

Kelopak mata ku buka setelah lama ianya berehat dari berkedip.

Dapat ku lihat dihadapanku wajah bersih dan indah ciptaan Tuhan.

Inilah kali pertama aku bangun ditemani oleh seorang bidadari cantik.

Tidak aku nafikan walau sikit pon.

Aku suka melihat wajahnya tidur seperti ini.

Seakan dia berada di dunianya sendiri, tanpa memikirkan segala masalah hidup.

Bibirnya yang berwarna merah jambu benar-benar mengoyahkan iman ku.

Ingin saja aku menyentuh bibirnya dengan bibirku. Tetapi tidak akan ku lakukannya sebelum tuan badan yang mengizinkannya.

Cukup sekadar ianya menjadi tatapan ku buat sementara waktu.

Sekali lagi aku mencium rambutnya, bau yang cukup menyenangkan pagiku.

Perasaan ku padanya tidak aku nafikan lagi, aku sudah jatuh cinta dengannya. Bukan sekadar jatuh cinta akan kecantikannya, aku jatuh cinta akan pandangan tajamnya terhadap ku. Aku benar ingin melindunginya. Perasaan aku kuat mengatakan bahawa Dhia menginginkan seseorang untuk dia meluah segala. Dan aku lah orang itu, aku lah seseorang yang akan menjadi tempat dia meluahkan segala yang terbuku dihatinya.

Benar kata orang, jodoh itu rahsia Tuhan. Perasaan cinta juga Allah yang hadirkan didalam jiwaku. Lalu semudah itu dia menerima lamaran ku.

Tapi tidakkah semuanya terlalu awal untuk aku katakan cinta? Mungkin ini sekadar perasaan biasa? Dhia mungkin berfikir yang aku terlalu memaksa.

Apa pon, dia sudah menjadi isteri ku.

Dia adalah jawapan dari doaku selama ini.

Aku harus mencintainya sepenuh jiwa aku walau apa pun yang berlaku.

Aku mengusap lembut pipinya sambil memanggil perlahan namanya.

"Dhia..wake up sayang, nanti terlepas subuh"

"Hmm.." lembut suaranya menjawab sahutan ku.

Matanya masih tertutup rapat.

"Bangun Dhia.." pipinya ku tepuk lembut.

"Emm.. kau solat jela.. aku tak pandai solat.." serak basah suaranya berkata sambil mata masih tertutup rapat.

Aku tersenyum kecil.

Kalau difikir semula, Dhia sudah merantau jauh hingga ke luar negeri. Ahli keluarga angkatnya juga bukan beragama islam. Agak susah untuk dia hidup dengan cara islam apabila kedua orang tuanya hidup bersama dengan agama yang berbeza. Mereka mungkin tinggal serumah tetapi berbeza kepercayaan dan kebudayaan. Tambahan pula Dhia dibesarkan dalam kalangan bukan beragama Islam semasa berumur 11 tahun, masih mentah untuk dia membezakan semuanya seorang diri tanpa bimbingan siapa pon.

Tapi aku cukup kagum dengan Dhia.

Walaupun dia tidak pandai solat atau mengaji, tetapi dia masih ingat dengan surah Alfatihah dan doa makan.

Jadi itu bermaksud dia masih tahu perkara asas tentang Islam. Cuma dia tidak tahu cara solat.

Tak mengapa, aku akan mengajarnya secara perlahan. Apa guna Allah hadirkan aku untuk dia jika aku tidak menjalankan tugas ku sebagai suami?

Aku turun dari katil kemudian menuju ke tandas untuk mengambil wudhu.

Aku menunaikan solat fardhu subuh dengan khusyuk.

Seusai solat, sejadah dilipat lalu ku sangkut di rak besi penyangkut sejadah.

Ku toleh ke arah Dhia yang masih lagi terbaring lena di atas tilam sambil selubung badan dalam selimut.

Aku menuju ke ruang balkoni.

Udara pagi ku hirup dengan penuh semangat. Terasa tenang jiwaku.

Aku lupakan sebentar pekerjaan ku yang menumpuk.

Walaupun begitu, hanya hari ini aku berehat sepenuhnya. Esok sudah bekerja seperti biasa.

Ingatan ku teringat semula perbualan ku dengan Dhia sebelum masuk ke alam mimpi malam tadi.

Sudah lama dia tidak berjumpa dengan adik perempuannya, Iman Delisha.

Adiknya telah diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri warga Malaysia. Kononnya pasangan itu belum dikurniakan zuriat walau umur perkahwinan mereka telah memasuki tahun ke 6.

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku dari semalam. Hukuman yang dikenakan terhadap suspek yang membunuh kedua ibu bapanya langsung tak setimpal dengan apa yang dia lakukan.

Ingin saja aku membuka semula kes pembunuhan keluarga Dhia. Tapi sayang, kedua suspek telah pon meninggal dunia. Suspek pertama mati dibunuh manakala suspek kedua mati terlibat dalam kemalangan.

Jikalau aku membuka kes mencari semula adik Dhia, Iman Delisha.
Kemungkinan Dhia dapat berjumpa semula adiknya.

Tapi dengan kes yang sekarang ni pon belum aku selesaikan, mana mungkin Tuan Hassan akan mengizinkan aku untuk menyelesaikan kes lain.

Paling kurang pon, Dhia sendiri yang harus ke balai membuat permohonan untuk mencari semula adiknya.

Kes yang sudah 5 tahun berlalu pon belum aku selesaikan.

Mustahil untuk Tuan Hassan membuka semula kes yang sudah bertahun ditutup.

Buat masa ini, aku harus menyelesaikan kesemua kes yang tergendala.

"Awal bangun" suara serak basah Dhia menegurku sebelum dia menguap.

Aku menoleh ke arahnya sambil mengukir senyuman.

"Jom sarapan" aku mendekatinya sebelum mengusap lembut kepalanya.

Entah lah, suka betul aku mengusap kepalanya. Seperti aku sedang membelai seorang kanak-kanak perempuan.

Perlahan kepalanya mengangguk.

Sekali lagi dia menguap sambil badannya berpaling lalu menuju ke tandas.

Aku mengekori langkah nya.

Semasa dia berpaling ingin menutup pintu, terkejut kecil dia melihat ku ingin masuk ke tandas juga.

"Nak mandi sekali.." lembut aku berbisik.

Membulat matanya melihat ku.

"Tak payah mengada boleh tak! Aku mandi dulu!" ditolaknya kuat badan ku hingga terdorong ke belakang.

TANGG!!

Pintu tandas ditutup kuat.

Tergelak kecil aku melihat karenahnya setiap kali aku mengusik.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now