Sudah sebulan berlalu Kamal tidak berjumpa Ani.
Ani yang mula risau akan kandungannya yang mungkin semakin membesar. Segera mengemas pakaiannya ke dalam bagasi.
Dia sudah bertekad ingin melarikan diri dan mencari Kamal. Kamal harus bertanggungjawab atas kandungannya.
Perbicaraannya dengan Kamal kembali di ingatannya.
"Abang cinta kan Ani?"
"Mesti lah abang cinta, kalau tak. Buat apa abang habis duit semata-mata nak luangkan masa dengan Ani"
"Kalau Ani dalam kesusahan, abang akan tolong Ani?"
"Lelaki tak guna je akan biarkan orang yang dia cintai dalam kesusahan. Apa pun yang terjadi, abang tetap mencintai Ani" Kamal mengucup lembut dahi Ani.
Ani yang duduk dilantai, tersenyum mengingat kata-kata manis Kamal. Semakin bersemangat dia ingin berjumpa dengan Kamal dan memberitahu bahawa dia sedang mengandungkan zuriatnya.
"Ani" suara garau seorang lelaki menegurnya dari arah pintu.
Ani menoleh pandangannya.
Membulat mata Ani melihat bosnya dan beberapa anak buah yang lain.
"Bos.."
"Ambil ni" bosnya menghulurkan sampul surat yang agak tebal isinya.
Ani keliru dengan tindakan bosnya.
"Apa ni bos..?"
"Haiya! Ambil sajelah! Tak perlu banyak tanya. Mulai hari ini, uncle lu punya hutang sudah settle. Jadi lu tak payah kerja sini lagi"
"HAAA?????" melopong mulut Ani mendengar perkataan bos cina.
"Ta.. Tapi bos!
"Ani, Ani, Ani, Ani" bos cina itu mencakung di hadapan Ani yang terduduk dilantai.
"Itu duit, cukup untuk lu dengan lu punya baby. Kalau rasa tak cukup, lu punya bakal suami kan ada"
"Thank you sudah bekerja dengan wa, lu antara pekerja terbaik yang pernah wa jumpa" diusap lembut kepala Ani. Satu senyuman diberikan pada Ani.
Kali pertama Ani melihat senyuman dari bosnya setelah bertahun dia menjadi hamba.
Ani terharu atas kelembutan dan kebaikan yang dia dapatkan dari bosnya. Selama ni, dia hanya dianggap seperti anjing perliharaannya saja.
Tanpa menunggu lama, Ani segera menuju ke klub malam Kamal bekerja. Untung anak buah bos sudi hantar aku..
***************************************
"Kamal cuti hari ni" jawab seorang pelayan dari bar setelah melihat Ani yang baru saja tiba.
Malik menghulurkan secawan bir ROS LEMONADE pada Ani. Dia sudah masak sangat dengan minuman kegemaran si Ani.
Ani tersenyum sambil menolak secara lembut.
Tersentak Malik dengan tolakan Ani. Ada apa dengan perempuan ni?
"Are you ok Ani? Demam ke?"
"Aku ok je, cuma lepas ni aku kena jaga kesihatan aku demi insan baru" Ani tersenyum manis setelah mengungkap kata-kata indah tadi.
"Insan baru? Insan? Baru? Ani! Takkan lah kau.."
Malik melihat Ani dengan serius.
"Hehe, awalnya aku pun taknak baby ni.. Tapi Doktor Lily tak bagi aku gugurkan.." Ani hanya meneguk air putih yang Malik sediakan.
YOU ARE READING
ASSASSIN GIRL✅
ActionSeorang gadis yang bekerja sebagai Assassin dipelbagai negara telah kembali ke tanah airnya Malaysia setelah bertahun dia terpaksa berkhidmat dengan ahli BB singkatan bagi BlackBlood. Silent Cat adalah gelaran untuk nya. Dunia ini terlalu kecil ba...