51

122 8 0
                                    

2 minggu berlalu. Malaysia, Balai Polis, 10:15am/pagi.

Hafizh dan Muiz berjalan seiring ke tempat duduk masing-masing.

Sempat mereka memberikan jelingan tajam antara satu sama lain. Betul betul dah macam singa dan harimau. Masing-masing ego. Tak mahu mengalah.

Hafizh menghela nafas.

Dia membetulkan duduknya. Terlalu banyak laporan yang perlu disiapkan hari ini juga.

Selang beberapa minit, seorang pegawai perempuan mendekati Hafizh.

"Tuan Hafizh, ada orang nak berjumpa Tuan". Tenang pegawai perempuan itu bersuara.

"Tentang kes ke? Suruh Muiz pergi jumpa dia. Aku busy". Tenang namun kedengaran tegas. Matanya langsung tidak beralih dari skrin laptopnya.

"Tapi dia cakap, dia isteri Tuan Hafizh".

Jari jemarinya serta merta berhenti dari mengetik papan kekunci laptop.

Sekilas Hafizh menoleh ke arah Muiz.

Muiz juga terkejut.

Tanpa berlengah, Hafizh mengatur langkah ke kaunter pertanyaan.

Seperti biasa, Muiz juga mengorak langkah membuntuti Hafizh. Walaupun dia tahu Hafizh tidak menyukai perlakuannya.

*****

Mata Hafizh meliar mencari susuk tubuh Dhia. Namun bukan Dhia yang dia temukan. Disitu hanya ada seorang perempuan yang mengenakan baju kurung moden. Tidak bertudung, rambutnya paras bahu dan tidak diikat. Kulitnya putih seperti kulit orang luar negara. Namun air mukanya masih lagi terlihat seperti perempuan melayu.

Hafizh memperhatikan wajah perempuan itu. Sepertinya, dia pernah melihatnya. Tapi ingatannya samar-samar.

Mereka berpandangan.

Perempuan itu melangkah ke arah Hafizh.

Pang!!

Tamparan hinggap tepat di pipi Hafizh.

Hafizh terdiri kaku manakala Muiz membutang mata.

"Kau siapa nak tampar aku?!". Hafizh menggenggam kuat tangan Sabrina. Rahangnya bergerak-gerak cuba menahan marah.

Sebenarnya tak adalah sakit mana tamparan Sabrina. Tapi Hafizh tak terima dia di tampar oleh orang yang tidak dia kenali.

Dia siapa nak tampar aku?. Bisik hati Hafizh yang mula bengang.

Semakin kuat cengkaman tangannya.

Mata Sabrina mula berkaca.

"Let her go". Suara seseorang yang baru masuk menarik perhatian Muiz dan Hafizh.

"Kak Sab!!". Laju Hanna berlari ke arah Sabrina. Kaki Sabrina dipeluk olehnya.

Hafizh terdiam. Perlahan dia melepaskan cengkaman pada tangan Sabrina.

Matanya kejap beralih pada Sabrina dan Hanna.

Hafizh dan Muiz terkedu melihat situasi itu. Lebih terkedu apabila melihat Hanna.

Hanna menangis tersedu sedan sambil memeluk erat kaki Sabrina.

"Shh.. kenapa nangis sayang?". Sabrina sedikit menunduk lalu mengusap lembut rambut Hanna.

"Siapa kau?". Hafizh bersuara. Namun kali ini suaranya sedikit kendur.

Sabrina dan Zul berpandangan.

*******

Mereka beralih ke tempat yang lebih tenang dan tidak ramai dengan manusia.

Hafizh dan Sabrina duduk di kerusi kayu. Dihadapan mereka terbentang permandangan taman bunga yang cantik.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now