33

91 8 0
                                    

KUALA LUMPUR, 8:25pm.

Muiz menikmati Coffee Latte sambil fokus memerhati sekeliling.

"Linda, sana ok?" Muiz bercakap dengan Linda menggunakan earphone jenis wireless.

"Ok Tuan" ringkas jawapan Linda.

Selang beberapa minit, seorang perempuan berpakaian serba hitam sambil membawa beg besar melintasi Muiz.

"Target found Linda. Aku follow. Kau jaga jalan B"

"Baik Tuan"

Muiz mengikuti langkah perempuan tersebut dengan berhati-hati.

Datang tiga orang lelaki berpakaian hitam menarik kasar lengan perempuan tersebut masuk ke satu lorong.

"Go Linda, shot kalau perlu"

"Alright"

Muiz mengeluarkan pistol dari belakang jaket nya sambil menuju ke arah lorong tersebut.

Langkahnya terhenti apabila terlihat seorang lagi perempuan masuk ke arah lorong tersebut. Lebih mengejutkan dia kenal siapa gerangan perempuan tersebut.

"Go back Linda! Cancel semua plan! Repeat! Go back Linda!"

"Ta..tapi Tuan!"

"Ini arahan! Plan cancelled!" Muiz menyimpan semula pistolnya.

"Argh! Fine!"

***************************************

Dhia membelasah ketiga-tiga lelaki tersebut hingga mereka pengsan.

"Jangan kau berani sentuh adik aku" Dhia memijak wajah salah seorang dari mereka bertiga.

"Akak! Apa yang akak buat ni!" Iman mendorong Dhia seolah memberhentikan tindakan Dhia dari melukai ketiga lelaki tersebut.

Dhia seakan keliru dengan tindakan adiknya. Salah ke aku lindungi adik aku?

"Weh Bobby! Bangun Bobby!" Iman menggoncang tubuh salah seorang lelaki tersebut.

Wajahnya berubah pucat dan dia mula ketakutan.

"Kau ni dah kenapa Iman!" Dhia menarik lengan adiknya agar berdiri.

"Akak tu dah kenapa!? Akak tahu tak dia ni siapa?!". Iman menarik kasar kolar baju akaknya.

"Dia ni costumer Iman! Habis lah kalau bos Iman tahu!". Tercengang Dhia mendengar ucapan Iman yang penuh amarah.

Bos? Costumer?

"Apa kau merepek ni Iman?! Apa maksud kau? Costumer? Bos? Kau kerja apa sebenarnya Iman!?" . Kini Dhia membalas pegangan pada kolar baju Iman.

"Ni! Beg apa yang kau bawa ni Iman! Tell me Iman!". Dhia seolah dapat meneka pekerjaan adiknya.

Iman terdiam mendengar soalan dari mulut akaknya. Perlahan-lahan pegangannya semakin longgar.

"Kenapa diam Iman!" . Pengangan dia kini berganti pada bahu Iman.

"I-iman sebenarnya-

"Jangan bergerak. Aku polis" kata-kata Iman terpotong apabila terdengar suara garau seorang lelaki dari arah belakang akaknya.  Kerana keadaan lorong tersebut agak gelap. Dia tidak pasti sudah berapa lama lelaki tersebut memerhatikan mereka.

Satu objek keras ditekan ke arah belakang kepala Dhia. Dhia tahu itu pistol.

Entah lah apa masalah aku sejak aku balik Malaysia ni. Ini kali keberapa orang acukan pistol di kepala pon aku tak pasti.  -pov Dhia-

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now