42

91 5 0
                                    

Dhia memberi isyarat pada Iman untuk berhenti.

Kini dihadapannya terdapat 3 orang lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senapang gajah. Seorang kurus, seorang gemuk dan seorang lagi berbadan tegap.

Otaknya ligat memikirkan strategi. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi begini. Kalau dia gagal kali ni, maka dia gagal melindungi Iman.

Sebelum dia sampai di sini, dia sudah melawan 2 orang lelaki dengan tangan kosong. Itupun kerana mereka tidak mempunyai senjata api. Salah seorang dari mereka mempunyai pisau.

Pistol disimpan dalam poketnya. Dhia mengeluarkan pisau.

"Iman sembunyi dalam almari. Bantu akak kalau perlu". Dhia berbisik. Kebetulan ada satu bilik kosong dan ada almari.

Iman mengangguk.

Dhia mencapai tin kosong lalu dia campak ke arah salah seorang lelaki kurus yang bersenjata api tadi. Kemudian laju dia bersembunyi di sebalik dinding.

"Woi, ada orang baling tin". Salah seorang bersuara.

"Kucing lah tu. Kalau bukan kucing budak budak hingusan tadi lah tu". Salah seorang membalas.

"Kurang ajar lah budak budak ni. Aku dah cakap, sampah tu buang elok-elok. Kau tunggu jap".

Salah seorang melangkah ke arah Dhia.

Setibanya si kurus ditempat Dhia, dengan pantasnya Dhia mencengkam leher lelaki itu dengan lengannya. Salah satu tangannya yang memegang pisau pantas ditusuk pada peha lelaki tadi. Tanpa berlengah Dhia menutup mulut dia dengan kain.

Tubuh lelaki itu mula melemah kerana kehilangan darah. Dhia mengikatnya dalam ruangan dimana Iman bersembunyi.

****

"Woi gemok, aku ada soalan nak tanya kau". Salah seorang lelaki berbadan tegap.

"Tanya ah".

"Kenapa kau gemok erk?. Sebab kau kuat makan babi eh?". Sempat dia tergelak.

Si gemok mengeluh.

"Aku gemok sebab aku bahagia". Santai si gemok menjawab. Ayat nak sedapkan hati je tu.

"Hahaha, bahagia konon. Kalau bahagia tu macam aku, ada isteri. Kau ada? Tak ada kan?. Hehe".

"Aku tak ada isteri sebab aku gay. Aku ada boyfriend. Boyfriend aku jaga aku elok, tak macam kau. Kau ada boyfriend? Tak ada? Lemah!".

"Hahahah bodohlah gay".

"Weh apahal si kurus tu lama hilang? Cuba kau pergi tengok gemok".

"Yelah yelah".

Si gemuk melangkah malas ke arah tempat Dhia tadi.

Matanya membulat melihat darah di lantai.

"Apahal ni".

Dia melangkah berhati hati mengikut arah ke mana darah itu pergi. Perlahan-lahan dia menodongkan senapang gajah ke arah depan. Apabila tubuhnya sudah masuk sepenuhnya ke dalam bilik dimana arah darah tersebut dibawa, pintu bilik ditutup rapat.

"Aduh!! Tol-

Bukkk!!

Kepala si gemok dipukul dari belakang dengan kayu besbol. Serta merta tubuhnya rebah ke lantai.

Dhia mengalihkan tubuh si gemok ke arah penjuru bilik.

Tinggal seorang lagi.

****

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now