22

124 5 0
                                    

BALAI POLIS BESAR, 11:01AM.

End Meeting.

Lagi beberapa hari je nak masuk sebulan aku handle kes ni.

Ada la sedikit perkembangan. Tuan Hassan pun dah mula mendesak aku agar segera menyelesaikan kes kali ni. Entah berapa lama lagi Muiz nak bercuti.

Lebih-lebih lagi kerisauan aku makin bertambah setiap kali Dhia mengikuti aku bekerja. Walaupun aku tahu dia pandai dalam seni bela diri. Tapi sebagai suami mithali, aku tetap bimbang.

Aku tak nak dia cedera sikit pun.

Tapi bila teringat semula hari dia ugut untuk tinggalkan aku, lebih baik dia cedera daripada dia tinggalkan aku..

"Tuan Hafizh" suara Linda membangunkan aku dari lamunan.

"Ya?" aku membetulkan kedudukan ku agar lebih selesa dan fokus.

"Tuan ok tak? 4 kali saya panggil Tuan tak jawab" Linda memandang ku dengan wajah yang berkerut. Mungkin dia risau melihat aku yang baru saja didesak oleh Tuan Hassan.

Baru aku sedar, kini hanya aku dan Linda berada di bilik mesyuarat.

Lepas Tuan Hassan mengarahkan untuk bersurai. Aku mula melamun. Entah berapa lama aku termenung dan diperhatikan oleh Linda.

"Sorry, terfikirkan sesuatu tadi. Kenapa Linda?" tukar topik secepat yang mungkin Hafizh.

Linda menaip papan kekunci lalu menarik keluar sehelai kertas dari fail.

"Nampaknya Tuan. Kami tetapi tak dapat mencari lokasi Khairul"

Linda menghulurkan sehelai kertas pada ku. Kertas tersebut memperlihatkan sebuah gambar yang tak asing pada aku. Gambar yang diambil dari cctv.

"Walaupun kami tak dapat lokasi dia. Tapi kami berjaya kesan lokasi kali terakhir dia" dihulurkan lagi beberapa keping gambar lain.

"Ni kereta dia, kali terakhir kereta dia masuk dan keluar dari lorong ke rumah suspek dan mangsa adalah malam dimana mangsa dibunuh"

"Kereta yang dipandu Khairul melintasi cctv pada jam 9:20PM. Jarak cctv ni ke rumah mangsa mengambil masa dalam 10 minit. Ketika itu Khairul bersama anak mangsa dan 2 orang remaja yang lain" Linda menunjukkan sehelai kertas gambar yang melihat wajah Khairul walaupun agak samar.

"Kemudian kereta Khairul keluar melintasi cctv pada jam 9:43 PM" aku menukar sehelai demi sehelai sambil mendengar perkataan Linda.

"Tak ada apa yang berbeza dengan cerita Syahmi" aku mengingat semula jalan cerita Syahmi.

"Dari apa yang diceritakan, selang beberapa jam Encik Kamal datang kan? Kemudian bunuh isterinya lalu melarikan diri. Betul Tuan?" Linda menyoal ku sebelum meneruskan perkataannya.

Aku hanya mengiyakan sambil sebelah tangan memegang dagu seperti sedang berfikir.

"Sebenarnya kita dah ditipu Tuan"

Berkerut dahi ku mendengarnya.

Linda memandang ku tersenyum sambil menghulurkan lagi sehelai gambar.

"Kereta proton saga yang dipandu oleh Khairul melintasi cctv pada jam 11:33pm, malam di mana mangsa dibunuh. Dan itu adalah kali terakhir cctv di tiang eletrik tersebut merakam kereta proton saga Khairul" tamat penerangan dari Linda.

Aku tak terkejut ataupun keliru.

Sebagai Detektif, aku dah terbiasa dengan kejutan sebegini.

Otak aku mula rancak memikirkan semula corak kes ni. Jika semakin bertambah rumit sesuatu kes maka semakin terlihat jelas penghujungnya. Semuanya tergantung pada aku untuk memecahkan teka-teki terakhir ni.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now