27

118 6 0
                                    

HOSPITAL BESAR, BILIK 108. 6:10PM.

Sudah berapa lama aku dan Dhia duduk memerhati gelagat 3 orang sahabat tersebut.

"Huaaaa!! Aku ingatkan kau dah mati Syahmi!! Syukurlah kau hidup lagi!!".

Adham memeluk tubuh lemah Syahmi yang duduk di atas katil hospital. Tak lupa juga dengan Iqbal yang terduduk sambil menangis teresak-esak. Syahmi juga turut menangis sambil membalas pelukan Adham.

Tak lama Iqbal juga turut memeluk kedua sahabat kesayangannya.

"Psstt!"

Pantas aku menoleh pada Dhia yang mencuit lenganku.

"Dari sampai tadi ke budak-budak tu macam ni?" Dhia menyoal ku ingin tahu. Kalau aku ditempat dia pon aku akan bertanya soalan yang sama.

Aku menggeleng.

"Sampai tadi Syahmi tengah tidur. Ni dia baru sedar kot"

Dhia mengangguk tanda faham.

Aku mencapai fail yang Linda pas pada ku tadi. Mungkin maklumat kondisi Syahmi semua tercatat dalam fail ni.

"Detektif Singa, Detektif Kucing. Meh la sini kita borak-borak" Adham mengajak aku dan Dhia agar masuk dalam perbualan mereka.

Awalnya aku menolak, tapi apakan daya. Aku tetap kalah dengan ajakan seorang isteri.

Dhia nampaknya berminat dengan perbualan mereka.

"Last warning. Kau panggil aku Detektif Singa lagi sekali, aku saman kau" amaran keras aku berikan sambil memandang Adham tajam.

"Alaaa Detektif ni garang sangat lah. Apa salahnya sekali-sekala kita ubah nama panggilan" Adham tersenyum memandang ku.

Bukan hanya dia seorang yang tersenyum, Iqbal dengan Syahmi juga turut sama tersenyum.

"Haih.. Apa boleh buat.. hari ni je aku maafkan". Akhirnya aku mengalah.

Aku dan Dhia duduk di sebelah kiri katil Syahmi. Manakala Adham dan Iqbal disebelah kanan katil. Bagus hospital ni ada sediakan kerusi plastik.

"Macam mana kaki?" aku menyoal Syahmi yang terduduk tenang di atas katil. Tangannya dipenuhi dengan balutan. Luka diwajahnya juga masih terlihat jelas. Dahinya yang berjahit. Belum tengok lagi badan dia. Seingat aku, kali pertama aku jumpa dia hanya mengenakan boxer. Kesan lebam di badannya tertanam jelas di minda ku hingga saat ini.

"Dah ok sikit" walaupun terdengar lemah. Tapi cukup membuatkan aku lega. Untung nyawa nya masih dapat diselamatkan. Walaupun berlaku pendarahan dikakinya setelah ditembak. Tapi Dhia berjaya mengikat lukanya dengan kain.

Aku hanya mengangguk.

"Tu..tuan.."

Serentak aku dan Dhia memandang Syahmi.

"Macam mana dengan Khairul..?" air mukanya cukup jelas menunjukkan dia risau akan Khairul.

"Kenapa kau mesti risau pada orang yang dah bunuh mak kau?" soalannya ku jawab dengan soalan.

Syahmi memandang ku seakan terkejut dengan perkataan ku.

"Dia dikenakan hukuman ke tali gantung sama macam ayah kau. Dia merancang pembunuhan tersebut" tenang aku memberitahunya.

Syahmi, Iqbal dan Adham terkejut besar mendengar jawapan ku.

"Tapi Tuan, saya dah maafkan dia. Takkan tak boleh kurangkan lagi hukuman dia?!" Syahmi membentak.

Aku mengeluh perlahan sambil menggeleng.

"Dia terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Melakukan kekerasan terhadap orang awam dengan niat serta mengupah orang untuk meliwat orang awam" . Apabila perkataan liwat keluar dari mulutku, aku mengalihkan pandangan pada Iqbal lalu menyoalnya. "Betul Iqbal? Berapa kali kau diliwat?".

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now