Pernahkah kamu melihat duyung
yang terbang di awangan?
Atau pari-pari yang berenang
di dasar lautan
Manusia daratan tidak mungkin
sendirinya mencapai kayanganBegitu juga kamu manusia ciptaan
Tiadalah mungkin kamu mencapai segala-galanya dalam dunia
Tiadalah mungkin jarimu
menyentuh segenap nikmat dunia
Kamu itu berbeza sekali
dengan yang lainnya
Mana mungkin manusia diciptakan serupaMaka hiduplah kamu
tanpa membanding beza
Jadilah dirimu yang sebenar-benarnya
Tidak terbakar dalam pujian
Tidak lemas dalam hinaan
Tidak hidup kerana pujaan
Tidak mati kerana kejianJadilah kamu manusia ciptaan Tuhan
Yang memahami arti perbezaan
Yang memahami setiap segala
yang diciptakan
Punya kelebihan juga kekurangan
Tidak terbanding kamu
dengan selainnya
Tidak terbanding kamu
satu-satunya