Dalam kotak fikiranku tersusun segaris lemari yang dihuni beratus filem rekaanku sendiri
Filem yang menjadi saksi permainan minda serta khayalan imaginasi yang membawa aku menjadi lensa meneliti mahakarya jiwa
Aku bisa jadi watak utama
Yang sering disakiti tapi menang akhirnya
Aku bisa jadi watak biasa
Yang tak perlu wujud sekadar jadi perencah cerita
Aku bisa jadi objek tidak bernyawa
Yang memerhati dan jadi saksi segalanya
Dalam setiap filem ini
Rencananya mengikut gerak pemikiranku
Lalu sedih atau gembira
Tangis atau ketawa
Itu semua ditentukan aku
Kerana itu filem-filem ini kekal tersimpan dalam mindaku buat seberapa lama
Kerana ianya cara untuk aku kekal bahagia
Kerana ianya cara untuk aku mencipta bahagia
Bahagia dalam minda
Bahagia dalam jiwa
Menyedihkan
Tapi aku bahagia
