Yang dulunya bertakhta di hati
juga akan dilupakan sendiri
terasing tidak lagi dikenali
Begitu juga hari ini
akan menjadi sebuah memori
terasing tidak lagi diingati
Kerana setiap manusia
punya hidupnya sendiri
serta jalan yang harus dilalui
Bukan semuanya punya tika
untuk berpaling menatap mata
mengembalikan kisah lama
Bukan semuanya mampu
mengukir senyum
saat mengenang lampau kala
