Maka siapakah petualang
yang berdiri pada ancala
Sudah sedang elok
terbentang bianglala
di hadapan mata
Siapakah yang tidak perlu
menghadapi lumrah dunia
Mampu terus bergelak tawa
bagai di asmaraloka
Apakah kamu dilahirkan
telah sedia kala menjadi dewasa
Tiada perlu melalui neraca
terus kamu dibawa
melewati pintu syurga
Bahkan tidak
Bumi ini bukan
tempatnya bersenang-lenang
Bahkan bumantara
yang seaksa mata memandang
Semuanya pasti akan hilang
Kamulah sang petualang
Yang kerap bersenandika
Mempersoal kewujudan dunia
Sampai suatu masa
pasti bakal niskala
Kerana setiap manusia
pasti punya timbang tara
Pasti diadili sebaiknya
Kerna yang terusan berdosa
Pasti dimamah api neraka
Kerna hanya yang nirmala
Berhak menikmati syurga
