Lalu dia dibaringkan
Dan dadanya ditoreh perlahan-lahan
Rusuknya dipatahkan sebelum jantungnya dikeluarkanTeriakannya yang terdengar jelas di telinga membuat senyumku tambah lebar
Teriakan yang sama pernah terdengar
Saat dia menghancurkan aku
Merusak aku sehingga aku kini jadi tak ubah sepertinyaSalah
Aku tidak serupa dia
Aku melakukan kerana dia memulakan
Aku sekadar mengakhirkan segala penderitaan yang pernah wujud antara kami berdua
Sekurang-kurangnya niatku jelas
Bukan sekadar memusnah malah menghapus
Bukan membalas tetapi memberi tanda noktahDarah dari parut luka lama yang mula mengalir laju ku sapu sehingga kering
Aku sudah bahagia
Melihat dia sengsara
Terkulai layu tak bermaya
Nyawanya sudah tiada
Jasad juga tiada gunaAku sudah bahagia