Saat perpisahan terungkapkan
Orang yang meninggalkan sering lebih sedih berbanding orang yang ditinggalkan
Kerana ia yang membuat keputusan
Sama ada untuk terus kekal atau meninggalkan
Sedang orang yang ditinggalkan tidak punya sebarang pilihan
Memujuk hati sendiri membuat keputusan untuk pergi
Itu lebih sukar berbanding melihat orang kesayangan berlalu meninggalkan
Sesungguhnya perpisahan itu sukar
