Pernah kau hentikan nafasmu
Sekadar untuk merasa sakitnya jantung saat tidak diberi peluang untuk berdetak
Sekadar untuk menikmati rasa syukur kerana masih mampu bernafas
Sekadar untuk merasa siksa ditekannya dada untuk sedar bahawa diri masih bernyawaKerana aku pernah
Menutup mata dan merasai setiap alir darah
Setiap denyut nadi dan setiap gerak kaki
Hanya untuk merasakan
Diriku masih bernyawa
