Bagaimana seseorang itu
mampu berpisah
dengan apa yang ia miliki
Bagaimana mungkin mahu sembuh
atas luka yang diracik halus
ke dasar hatiBagaimanakah seseorang itu
melepaskan apa yang pernah
ia sayangi
Bagaimana mahu memahami
jika tidak menyelami
hati yang menangis
tatkala sendiriYang sentiasa teguh
juga pernah rebah
saat jiwanya luluh
Yang semegah suria
juga kadangkala tersembunyi
di balik awan subuhTiada siapa cukup kuat
untuk kekal berlayar
menjadi nakhoda
saat badai melanda
Tiada siapa mampu utuh
kaki kukuh berdiri teguh
menari di atas gunung
saat puncaknya runtuhSetiap orang pernah
miliki saat kejatuhan
yang tidak diinginkan
saat meragui hati sendiri
apakah ia mampu meneruskan
jalan dilapik tajam belati
sebelum mengecap laluan
berbunga yang diimpikan