Puisi 50 : Sayap II

99 3 3
                                    

Aku bukan sekadar mahu terbang ke langit
Malah tumbuh sayap putih di kedua belah bahuku sehingga mampuku
berjalan di atas awan dan menari di angkasa

Impianku bukan setakat berlari di jalanan
Malah mendaki bukit sehingga bisa melompat menuruni puncak pelangi sebelum terjun ke kolam emas

Aku tidak mahu sekadar mencapai puncak nan tinggi atau terjun ke dasar lautan
Aku mahu tinggal di kayangan dan mendiami lautan

Aku tidak mahu sekadar bermimpi
Aku mahu jadikan fantasiku realiti
Biar imaginasi jadi sebab aku berdiri

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now