Puisi 132 : Asrama

1 0 0
                                    

Belajarlah melepaskan
Yang kecil akan membesar
menjadi tuan
Mereka juga perlu belajar
nilai kehidupan
Sehingga mana
kamu mahu mencampuri urusan
Setakat mana yang dilepaskan
diberi nilai kebebasan?

Bukankah sendiri yang menginginkan
Yang dikandung dulu dibiar lepas bermain
Dibiar sendiri melipat kain
Mengapa masih mahu mencari jalin
Biarkan ia dengan yang lain

Biarkan layang-layang terbang tinggi
Jangan sampai terputus tali
Rama-rama kecil juga tahu usulnya
Tetapi harus keluar kepompong
melihat dunia

Maka lepaskan, biarkan, bebaskan
Anak-anak yang mahu menjadi dewasa
Belajar arti menjadi hamba
Sebelum ia keluar meneroka

Jika tidak sanggup
yang dikandung dibiarkan
Sedari awal genggam ia dalam pelukan
Jangan biarkan ia berjalan sendirian
Jangan biarkan ia belajar berteman
Genggam erat dalam kemasan
Hingga dewasa ia dilayan

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now