Puisi 47 : Matahari

121 2 0
                                    

Dalam permulaan hari
Walau hujan lebat menggegar maya
Matahari tetap akan muncul jua
Walau sinarannya tidak sehebat semalam
Ia pasti akan muncul jua

Manusia juga harus begitu
Harus mengambil sifat matahari
Walau harinya penuh kesayuan dan keresahan
Walau petir kilat menjadi gempita
Walau perjalanan hidup tidak semudah biasa
Bertahanlah dan teruskan berjalan

Kerana di setiap belakang awan wujud garisan perak
Kerana di setiap detik kegelapan
Matahari pasti akan muncul jua

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now