Bintang yang meluncur laju pada dada langit semalam tidak mampu ku tatap warnanya kerana langit menangis sayu
Hampir lecah seluruh tubuhku dibasahi air matanya
Tetapi hari ini langit kelihatan lebih jingga daripada biasa
Warna-warni pelanginya juga lebih terang dari sedia kala
Awan putihnya bergulung pelbagai rupa
Kata langit
Aku sudah sembuh dari luka
Kata langit lagi
Kau juga harus sama
