Ku berikan peluru perak kerana kau mohon perlindungan
Lalu mengapa tengkorakku pula yang kau hancur lumatkan sedangkan aku bukan serigala jadian?Ku berikan panah besi yang aku ukir sendiri kerana kau mohon jagaan
Lalu mengapa jantungku pula yang kau tusuk seolah tidak punya perasaan?Atas dasar apa aku yang memberi aku pula yang mendapatkan?
Atas dasar apa kasihku yang kau pinta kini hilang sayangnya saat kau kembalikan?