Aku lihat kau jatuh bagai dedaunan gugur
Lalu aku segera berdoa agar kau tidak dipijak orang
Semoga kau diterbang angin menuju langit tinggi
Semoga kau dapat merasa nyamannya bulan dan hangatnya mentariKau daun kecil yang tiada arah tuju
Sekadar mengikut gerak angin sepoi nan lalu
Aku doakan kau pergi lebih jauh dari sekadar tanah datar dipenuhi dedaunan kering
Semoga kau bisa tiba ke tanah rumput dipenuhi gemerlapan bintang malam
Semoga kau tidak merasa layu kerana angin, tidak pula rapuh kerana kering
![](https://img.wattpad.com/cover/88815014-288-k323416.jpg)