Puisi 14 : Tuhan II

312 5 0
                                    

Menghadap laut
Melihat langit hitam pekat
Berdiri sendirian
Memikirkan
Tujuan demi tujuan
Tiada satu dilaksanakan

Kertas kosong terbang melayang di tengah jalan
Bagai syiling lama jatuh terbiar tidak dikutip sesiapa

Hidup terasa tidak bermakna saat resah hati mula memakan diri menunjukkan raksasa yang bersembunyi lama dalam jiwa

Saat mata ditutup sayu cuba mengenang perilaku dosa
Air menitis syahdu memikir sang hamba cinta pada dunia hingga lupa wujudnya syurga

Lalu sang hamba cuba dan terus mencuba tetapi masih kekal leka kerana ternyata manusia tidak mampu lari dari berbuat dosa.
Tapi kekal itu bukan alasan untuk berlagak selamba seolah neraka itu bakarannya tidak terasa apa.

Malah syurga dan neraka bukan lagi persoalan kerana hidup di dunia adalah tentang hamba dan Tuhan.

Tuhan yang menggantung langit dan meletak bumi
Tuhan yang memutar bulan dan membakar mentari

Lalu siapa manusia yang lupa pada asas kejadian
Sedang pada setiap kerdipan mata yang terlihat hanya kerja Tuhan?

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now