Puisi 46 : Kawan

122 4 0
                                    

Ku saksikan panahan cinta pertama yang menusuk jiwamu.

Ku lihat sendiri kau berserah jiwa raga demi si dia.

Ku saksikan bagaimana kau terluka merana hati jiwa dan perasaan kerananya.

Aku yang kekal setia di sisimu
Menjadi saksi setiap air mata kau titiskan kerana kebohongan dan pendustaannya

Aku yang menjadi saksi atas setiap keperitan kau tempuhi dalam perjalanan cinta bersamanya

Lalu saat kau akhiri hubungan
Dan aku cuba mendapatkan
Dengan mudah kau memberi jawapan

Kita hanya kawan

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now