Puisi 70 : Kaktus

51 3 0
                                    

Terlungkup dia meratap merayu
Kerana kali ini sekali lagi laluannya tersasar memasuki terowong hitam nan sayu

Dia tidak mampu menyalahkan  sesiapa kerana cahaya senantiasa ada pada sepasang matanya tetapi kegelapan itu lebih memukau jiwa

Barangkali kelopak bunga sakura merah jambu yang ditabur sepanjang jalan membuat dia terpana sehingga dia terus melangkah menuju derita

Langsung dia gagal memandang jalan kecil ditaburi duri-duri kaktus hijau tua sahara yang membawanya ke arah bahagia

Dia khilaf lagi dan lagi

Melainkan dia sudi mengangkat kaki dari laluan berbunga membiarkan rasa sakit duri menerjah di tapak
Selagi itulah dia akan kekal di atas jalan kepalsuan menuju kehancuran

Melainkan dia rela mengalih diri membiar jarum-jarum kecil tercacak di tapak sebelum arak syurga mencecah kaki
Selagi itulah dia tidak akan merasa sebenar-benar nikmat kebahagiaan

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now