Pelangi itu kelihatan indah kerana warna-warninya.
Cinta itu kelihatan indah kerana manis nikmatnya.Tetapi di akhir waktu pelangi itu akan hilang dari langit.
Cahaya suria menembusi mata membuat langit terang benderang.
Hujan lebat membuat langit hitam pekat langsung membuat pelangi hilang.Cinta itu juga di akhirnya kau akan sedar.
Manisnya membuatmu rusak jiwa.
Manisnya membuatmu sakit minda.
Manisnya mengaburimu dari pahitnya dunia.Jadi sebelum kau leka terbuai pelangi.
Sebelum kau hanyut dalam manisnya cinta.
Ayuh kita pudarkan pelangi itu.
Ayuh kita usaha buang
jauh-jauh cinta itu.Pelangi cinta.
Cinta pelangi.