Nukilan 33 : Tahan

140 3 0
                                    

Jiwa yang terkoyak tidak mampu dilekat semula dengan gam kuat apatah lagi dawai kokot.

Hati yang pecah berderai tidak mampu disatukan semula dengan pita pelekat atau tali rafia.

Bagai kertas yang dilipat berulang kali, kesan lipatan jelas terlihat walau sudah diseterika.

Bagai parut lama yang berbekas, tidak mampu hilang kesannya walau beribu ubat diguna.

Sesetengah perkara kekal.
Sesetengah perkara akan kekal.

Kerana kadang-kadang ianya bukan semata tentang mengubat dan merawat.

Ianya tentang bertahan dan terus bertahan.

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now