Puisi 43 : Awan

137 5 0
                                        

Untuk satu saat langkahku terhenti
Kau teruskan berjalan tanpa berpaling memerhatikan aku

Lalu saat itu aku sedari perbedaan kita
Kau begitu tinggi mencecah awan putih ibarat gunung salji
Aku pula sekadar pengembara yang masih mencari-cari jalan arah tuju

Mencintaimu bagai memegang awan
Seperti mampu ku dapatkan
Semudah itu sentuhan itu hilang di tangan
Lalu ia terus berserakan
Terus berlalu mengikut arah angin tanpa mempedulikanku lagi

Awan yang berbentuk seperti pelantar ais
Seolah menunggu masa aku menari di atasnya
Lalu saat aku mulai menyentuh
Ia langsung membiar aku terjatuh
Meninggalkan awan yang berlubang yang segera ditutup serakan awan yang baru

Semudah itu
Seolah-olah aku tidak bermakna apa-apa

Mencintaimu benar-benar ibarat menyentuh awan
Tiba masanya untuk aku sedar diri
Walau sekiranya kau bisa ku gapai
Kau tidak akan kekal dalam genggamanku
Kau akan terus berubah bentuk
Terus mengikut arus angin
Terus berlalu
Tanpa mempedulikan aku

PUISI KATASKY Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang