Di terminal ini
Aku masih sendiri
Ditemani ruangan kosong berwarna biruBas dan teksi
Datang dan pergi
Silih bergantiBas yang sesak itu menurunkan sebilangan penumpangnya di sini
Lalu digantikan dengan sebilangan yang lain
Lalu ia pergi
Kembali menuju ke destinasiBas 605 ku sehingga kini belum ke platform ini
Dan aku masih menunggu di sini dengan sedikit kesabaran berbekas di hatiDi terminal ini
Aku melihat pelbagai ragam manusia
Dari yang sibuk pergi bekerja
Kanak-kanak riang yang ingin dimanja
Pakcik Rapid yang tidak mengalihkan pandangannya walau sekejap cuma
Gadis cantik berskirt labuh dan berkasut sukan
Lelaki asing berseluar pendek berkasut bally
Dan pak guard yang bersembang tanpa hentiBas 605 itu kini berada di hadapanku
Dengan destinasi terakhirnya menuju ke Pekan Darat
Dan aku pula berhenti di pertengahan laluan bernama Taman Mesra
Yang mesra di luar, benci di dalam
Yang mesra dengan hujan setiap malam AhadPenantianku kini hampir berakhir
Bas 605 dengan plat berwarna hitam yang sudah tercabut membawaku ke Taman MesraDengan kelajuan 60 km sejam
Ia membawaku seorang
Dalam bas 605 yang suram
Tanpa penumpang