Puisi 68 : Kutub

49 3 0
                                    

Kau dan aku berdiri setentang 
bagai dua nada yang berbeza
Yang hanya menyakitkan 
halwa telinga tatkala bersama
Kau dan aku bagai panah dari busur yang sama
Dilepas seiring biar jatuhnya jauh terbaring
Kau dan aku bagai dua sisi 
berlainan pada syiling kecil
Yang tidak mampu berdepan 
Apatah lagi bertentangan

Kita bagaikan segala perbedaan 
yang wujud dalam dunia
Kita bagaikan terlahir pada dua kutub yang berbeza
Tetapi di akhir cerita
Kau dan aku masih saling memerlukan

Kerana lagu dan irama tidak bisa dipisahkan
Panahan kita masih pada sasaran yang bersamaan
Nilaian syiling kita masih tiada perubahan
Kutub yang berbeza bikin kita saling bertarikan

Kau dan aku hanya punya satu persamaan
Kita seiringan menentang perbezaan

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now