Puisi 28 : Malam

205 5 0
                                    

Pada saat-saat kesunyian
Di malam yang hitam pekat
Manusia belajar mengenali diri
Mengenali jiwa dan hati sendiri

Tiada lakonan menipu sesiapa
Kerana hanya wujud Tuhan dan hamba

Hitam pekat menyelimuti malam
Membikin manusia resah dalam tenang
Kerana saat itu terbongkar hatinya yang sebenar
Sama ada ia menjadi dirinya sendiri
Atau pelakon pentas tidak bergaji

Melarik senyum di hadapan orang
Penuh susila dipandang riang
Saat hitam pekat menyelimuti malam
Apa ia masih tersenyum girang?

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now