Melihat perjalanan manusia
Melalui jalur masa
Mempersoal ruang kosong
di depan mata
Sedang yang lain
maju ke mana hala
Apakah erti kemajuan yang diinginkan
Apakah jika kamu punya harta
Itu cukup mengira kamu maju
Atau saat kamu jauh mengejar ilmu
Kamu juga dikira maju
Manusia ini hakikinya begitu
Tidak cukup dengan sesuatu
Tidak puas dengan satu
Mahu melebihi yang lain selalu
Mahu memiliki segala yang mampu
Maju, Puisi Katasky
