Puisi 91 : Beza

25 1 0
                                    


Kau tidak harus menjadi sama
Kerana ruhmu juga ruhnya berbeda
Mana mungkin kata-kata serupa
Bisa keluar dari dua jiwa

Makanya tidak perlu
kau merasa sedih
Saat orang lain
kelihatannya ke depan

Kerana di depan kau
barangkali titik mula mereka
Sebaliknya kau telah lama
Melangkah setapak demi setapak

Makanya tidak apa
Tidak apa untuk tidak sama
Tidak apa untuk berbeza

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now