Yang berdarah itu
Apakah kamu dapat
merasakan pedihnya
Juga airmata yang mengalir laju
Mampukah kamu meratapi pilunya
Tidak, kamu pasti tidak mampu
Melainkan kamu sendiri
yang melalui deritanya
Melainkan kamu sendiri
pemilik lukanya
Maka tidak perlu terusan
bertanya yang tidak perlu
sekadar mahu menenangkan
rasa ingin tahu sendiri
sekadar ingin menunjuk simpati
sekadar berkongsi ia mengerti
Sesetengah derita itu
pasti sengaja
dihalang tampaknya
Yang dilihat mata
hanya pameran
yang dihidang manusia
Mana mungkin luka
yang dimamah serangga
dipertonton sejagat raya
Maka mengertilah
manusia separuh masa
sesetengah perkara
kekal tiada wujudnya
pada pandangan mata
Sesetengah perkara itu
sengaja dibiar berputar
pada ruang kabut masa
Sengaja dibiar terleka dilupa
Sengaja diusir dari ruang jiwa
Sengaja dielak ketahuan dunia
