Berdiri di anjung pintu menanti anak cucu pulang ke rumah
Alza merah dan van putih
Saga biru dan Persona perak
Anak cucu berlari-lari
Di tengah halaman bermain bunga api
Aidilfitri tiada seri
Tiada kupang-kupang duit raya dibawa pulang dari surau di depan rumah
Tiada bebelan penuh manja penuh kasih sayang saat mahu tidur
Tiang rumah yang hampir runtuh
Atap yang selalu bocor
Semua mula pulang
Kerja menanti
Tanggungjawab baru
Air mata diseka
Menanti di anjung pintu
Menunggu anak cucu pulang ke rumah
