Puisi 75 : Syurga

56 3 0
                                    

Di pengakhiran hari yang melelahkan
Saat kaki tidak mampu lagi berjalan
Saat bersandar jiwa dan pemikiran
Dan dibiar kaku jasad tubuh badan

Aku mengerdip mata cuba mencari cahaya
Dalam kelam suasana hitam malam yang membutakan deria
Aku tertinggal dalam masa yang tidak berputar
Tidak beralih dan berganjak dari duduk sebenar

Sayu hati dalam sunyi musisi rindu
Yang mana setiap nada teralih hiba bagai puisi nan syahdu
Seruan sang pencinta kala hati dilingkar sepi malam
Aku menunggu kamu mampir
Agar kamu dan Aku hampir

Kerana antara mayapada dan syurga
Mati harus jambat antara dua
Jadi mampirlah kamu wahai hamba
Mampir melapang tangan menenang dada
Sabarlah kamu akan detiknya tiba
Biar mati membawamu ke syurga

PUISI KATASKY Where stories live. Discover now