Terbakarnya aku dalam hujan
Sehingga kulitku langsung
menjadi kelabu
Setiap rintik tambah menghanguskan tubuhku
Dan aku tenggelam dalam
banjir air mata
Yang tidak kelihatan saat aku
lemas dalam kabus asap hitamBerdiri atau duduk aku
sama sahaja di matamu
Diam atau bicara aku
terdengar serupa di telingamuKau tidak kisah
Lebih tepat lagi
Kau tidak peduliKerana katamu
"Kamu bukan aku."