Pada setiap akad pernikahan
Wujud suatu detik yg amat ringkas
Mungkin kurang dari sesaat
Detik yang membikin jiwa
sayu dan terharu
Detik yang menandakan hati kini bersatu
Detik yang mengisytiharkan aku ini milikmu
Ini detik yg sukar didapati di mana-mana
Detik yang boleh dirasai malah oleh penontonnya
Detik yang membuat mata berkaca
Maka dengan mengingati detik ini
Semoga pernikahan yang dilalui kekal bersatu sehingga akhir
Tiada siapa bisa menjamin
Bahagia itu kekal selamanya
Tiada siapa mampu berkata
Kita akan bersama hingga ke syurga
Kerana pada akhirnya jodoh pertemuan itu kekal di tanganNya
Tetapi semoga detik ini akan kekal di hati kita
Semoga detik ini menjadi penyebab runtuhan cinta kembali terbina
Semoga detik ini menyedarkan semua
Bahawa cinta itu ada
