Sudah terlalu lama kita melangkah
Sudah terlalu jauh untuk berpatah pulang apatah lagi mengubah haluan
Kapal yang tersasar dari laluan
Hampir sahaja karam tapi masih bertahan
Cinta yang sudah lama cuba dibina
tapi kini tinggal tidak bermakna
Bila hati masing-masing tak mampu membaca
Semuanya hampir hilang
Hampir terbang melayang
Tetapi saki baki pasir yang wujud memaksa kaki untuk terus bertahan atas laluan yang sudah tersasar sedari awal
Lalu hati tertanya sendiri sama ada kekal berdiri dengan pasir di kaki
Membiar rasa luka lama hilang sendiri
Atau mulakan berlari mencari realiti
Mencari cita yang ditinggal sekian lama gara-gara hati tak mampu menukar arah
Akhirnya sang manusia terduduk di atas bahu jalan menangis sendiri memikirkan masa depan yang entah bagaimana hendak dilalui lagi
Manusia tidak bersayap tidak mampu terbang mencari jalan pulang
Lalu hanya mampu berharap Tuhan membawanya terbang melayang mencari punca hidup yang hilang
