Awan yang berserakan
bagai naga yang tewas
dalam pertempuran
Rintik cahaya langit
langsung menerjah awan
nan terang membutakan
Kabut hati sayu
kala masa lalu mengingatkan
meronta minta ditenangkan
Setiap kenangan yang tersimpan
pada buku-buku lama
Pada kota terbiar
tak dikunjungi sebegitu lama
Pada bangunan hampir runtuh
yang telah ditinggalkan semua
Kembali menghantui
minta diingati
Walau begitu
ternyata hidup perlu diteruskan
Walau bagaimana ia menyedihkan
Walau bagaimana ia meresahkan
Ternyata hidup perlu diteruskan
Kerana segala sesuatu
punya takat waktunya
punya masa kembali ke asalnya
punya punca kewujudannya
Maka mekarlah kamu si bunga liar
Walau sekuntum terusan mekar
Teguh berdiri kala sinar memancar
Terusan kekar walau diterkam cakar
Terusan mendongak langit nan tinggi
Dipandang serakan awan naga nan sepi
Terusan berdiri walau hatimu sunyi
Kerana ternyata kenangan itu hadir
untuk menemani buat sedetik lagi
![](https://img.wattpad.com/cover/88815014-288-k323416.jpg)