Elina laju berjalan dengan cara tersendiri. Bahu gadis berjaket hitam itu ditepuk lembut oleh Elina membuatkan gadis itu pantas berpaling.
"Lambat lah kau ni." Bebel gadis itu. Dia mula bangun dari duduknya sebelum berdiri betul-betul di hadapan Elina.
"Sakit perut. Sorry." Elina tersengih. Lengan gadis itu dipeluk erat.
"Jom lah. Aku takut abang aku dah sampai." Hajar menarik lembut tangan Elina supaya berjalan seiring dengannya. Laju kaki kedua gadis itu melangkah ke arah tempat menunggu pelajar.
"Kau tak datang dengan motor ke harini, Hajar?"
"Abang aku pegang kunci motor. Mentang-mentang daddy tak ada. Diorang naik kepala kat rumah." Ujar Hajar geram. Sempat dia mengutuk abangnya.
"Bagus. Aku setuju sangat dengan abang kau. Nanti aku lanje diorang gula-gula." Ujar Elina teruja sebelum mengaduh sakit.
"Jahat lah kau." Hajar mencebik. Kepala ditoleh ke sekeliling untuk mencari kelibat abangnya.
"Tu abang-abang aku dah sampai." Ujar Hajar selepas menangkap kereta Toyota milik Hasif yang sudah terparking elok di parking pelajar.
"Iyalah. Driver aku pun dah sampai tu. Jumpa lepas cuti tau."
"Amboi kau. Waktu cuti ni memang taknak jumpa aku terus ke?" Soal Hajar tidak puas hati.
Cuti ni nak terperuk dalam rumah ke apa budak ni?
"Hehe mungkin. Aku nak balik kampung."
"Untung lah ada kampung." Ujar Hajar perlahan. Dia menayangkan senyuman kepada Elina sebelum badan gadis itu dipeluk erat.
"Bye kakak. Take care. Nanti call lah aku. Jangan pula cuti dua minggu ni kau terus tak kenal aku." Pesan Hajar tegas.
"Iya lah. Kau pun jangan nak mengada merempit sana sini erh. Kalau aku tahu, siap kau." Tajam mata Elina menikam mata hitam Hajar. Pipi tembam gadis itu juga dicubit geram.
"Tak janji."
Hajar tersengih. Mereka berpeluk buat seketika sebelum masing-masing mula bergerak ke arah kereta.
"Berpeluk macam takkan jumpa terus je." Hasif bersuara. Dari tadi dia dan Hadif memerhati Hajar dan Elina berpelukan di situ. Macam cuti setahun pula dua ketul ni.
"Sibuk je abang Hasif ni." Hasif buat tidak dengar. Dia mula menghidupkan enjin kereta sebelum kereta Toyota miliknya dipandu membelah jalan.
"Kita nak pergi mana?" Soal Hajar apabila menyedari jalan yang mereka lalu bukan laluan untuk pulang ke rumah.
Hadif memandang Hajar sekilas sebelum mata kembali menoleh telefon miliknya.
"Makan. Along, angah semua ada kat sana."
"Dah sampai nanti kejut tau. Hajar nak tidur kejap." Ujar Hajar. Badan disandarkan pada kerusi sebelum matanya ditutup. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam alam mimpi.
"Baby, bangun." Hadif menepuk perlahan pipi Hajar. Hasif awal-awal lagi sudah masuk ke kedai makan selepas mereka tiba di sana.
"Hajar Ilyana. Bangun. Kita dah sampai ni." Hajar merengek perlahan apabila terasa tidurnya diganggu. Tangan naik menggosok mata namun hanya seketika sebelum tangannya dihalang.
"Jangan gosok mata baby." Ujar Hadif lembut. Rambut Hajar yang serabai dibetulkan.
"Jom turun, kita dah sampai." Hajar sekadar mengangguk. Kasut canvas miliknya disarungkan kembali. Dia mengesot malas untuk keluar dari kereta sebelum tangan milik Hadif digenggam erat.
"Jom."
Hasif meneliti sekeliling restaurant itu, mencari kelibat seseorang. Jumpa sahaja orang yang dicarinya itu, terus kaki panjangnya melangkah mendekati meja yang diduduki orang itu.
"Dah lama ke sampai?" Soal Hasif. Dia mula mengambil tempat di sebelah abang keduanya.
"Boleh tahan. Mana Hadif dengan adik?" Soal Hazim. Kepala ditoleh mencari kelibat dua adiknya itu.
"Hadif kejutkan adik. Dia tidur tadi."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Hadif menarik kerusi dihadapannya sebelum menyuruh Hajar duduk. Dia turut mengambil tempat disebelah adik kembarnya.
"Lesu je muka adik akak ni." Najwa mula mendekati Hajar. Dia menyelak rambut panjang Hajar kebelakang. Getah rambut yang berada dipergelangan gadis itu ditarik sebelum digunakan untuk mengikat rambut adik iparnya itu.
Satu perangai Hajar, dia tidak pandai mengikat rambutnya sendiri dengan kemas. Sebab itu lah dia lebih gemar rambut panjangnya itu dibiarkan lepas dari diikat.
"Penat." Meleret suara Hajar. Kepala dijatuhkan di atas bahu Haziq selepas rambutnya selesai diikat oleh kakak iparnya.
"Makan dulu. Nanti balik rehat puas-puas." Haziq bersuara. Kepala Hajar yang terlentok di bahunya diusap.
Kalau Hajar sudah begitu, yakin lah dia yang Hajar betul-betul penat. Dan mungkin adiknya itu bakal demam.
"Penat sangat nampak Hajar. Selalu tak macam ni."
"Tadi lecturer cover kelas non-stop. Rehat pun kejap je. Itu pun Hajar tak sempat makan." Hajar mengadu manja. Makanan yang sudah tersedia dihadapannya mula dijamah.
"Lah. Kiranya tadi makan sarapan je lah?" Laju Hajar angguk kepalanya, persis anak kecil. Dengan mulutnya yang penuh dengan makanan.
Haziq yang melihat adiknya itu tergelak perlahan. Bibir Hajar yang comot dilap dengan tisu.
"Makan slow-slow Hajar. Tercekik nanti." Haziq bersuara sedikit tegas. Bukan tak kenal Hajar, kalau sudah kebulur sangat, memang dia akan sumbat semua makanan sehingga penuh dalam mulut.
"Lapar." Ujar Hajar dengan sengihan sebelum matanya menoleh ke arah dua orang lelaki yang melangkah ke arah mereka dengan senyuman.
"Abang Julian, abang Kai!"
"Hi princess." Kai bergerak mendekati Hajar sebelum badan kecil itu dipeluk olehnya. Adik sepupu yang terpaling manja dengannya.
"Kau orang buat apa kat sini?" Soal Hazim. Pelik melihat kelibat dua rakannya yang tiba-tiba sahaja muncul disitu.
"Kitorang baru lepas makan. Kebetulan nak keluar nampak korang, itu yang tegur dulu." Yang lain sekadar mengangguk sahaja.
Mereka semua bertukar cerita untuk beberapa minit sebelum Julian dan Kai bersuara untuk meminta diri.
"Jumpa nanti. Apa-apa roger tau." Ujar Kai sebelum dia dan Julian bergerak meninggalkan tempat itu.
"Makin handsome lah abang Julian."
"Gatal budak kecil ni."
"Tapi abang Hasif lagi handsome." Hidung Hajar ditarik lembut oleh Hasif.
Pandai membodek. Nak minta something lah tu.
"Adik tadi cakap penat kan? Dah makan cepat lepastu boleh balik."
"Ceh along, macam menghalau."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...