"Hajar ada benda nak bagitahu." Hajar tiba-tiba bersuara menarik perhatian semua yang berada di ruang tamu rumah Encik Nasrul.
"Kenapa Hajar? Hajar ada sakit mana-mana ke?" Soal Puan Kaisyah selepas mendapati riak Hajar berubah. Pucat, seperti takut akan sesuatu.
"Tak. Tapi apa yang Hajar nak bagitahu ni, penting. Pasal arwah daddy dan mummy."
"Kenapa dengan arwah?" Soal Hazim pula. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup kencang tika itu.
"Daddy mummy meninggal bukan sebab accident. Tapi kena bunuh-"
"Allahuakhbar. Apa Hajar cakap ni?" Soal Encik Nasrul terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh anak buahnya itu.
"Hajar jangan nak mengarut. Tak elok cakap macam tu." Haziq bersuara keras. Dia juga jelas kelihatan terkejut dengan apa yang baru sahaja disampaikan oleh adiknya itu.
"O-orang yang cuba rogol Hajar haritu. Dia yang bunuh arwah daddy dan mummy." Terdiam semua selepas mendengar kenyataan Hajar.
Haziq mula bergerak mendekati Hajar sebelum dia melutut di hadapan adik bongsunya itu. Tangan Hajar digenggam erat olehnya.
"Hajar, jangan main-main sayang. Kesian daddy mummy dekat atas sana."
"Hajar tak main-main, along. Lelaki tu, dia nak balas dendam dekat keluarga kita." Teresak-esak suara Hajar cuba memberitahu semua bahawa dia tidak menipu. Nafasnya diatur.
"Kalau abang Eijaz tak tolong Hajar haritu, Hajar rasa Hajar pun dah-" Terhenti kata-kata Hajar apabila Haziq bertindak menarik dirinya masuk ke dalam pelukannya.
"Shh, Hajar dah selamat. Tak nak ingat pasal tu lagi."
"Hajar takut along." Lirih suara Hajar dalam pelukan Haziq. Yang lain sudah memandang risau gadis itu.
Hajar tidak sihat sepenuhnya lagi. Mereka risau kalau-kalau Hajar memikirkan perkara itu, dia akan sakit kembali.
"Hajar tak nak hilang siapa-siapa lagi." Semakin perlahan suara Hajar menyatakan ayat itu.
Cukup lah dia hilang kedua ibu bapanya sahaja. Dia sudah tidak mahu hilang orang lain. Berpisah sekejap dengan abang-abangnya sahaja sudah membuat keadaan dia tidak stabil, apa lagi kalau berpisah selama-lamanya.
"InsyaAllah tak ada apa jadi. Kita fikir baik-baik je, okay."
"Tapi, boleh abang Kai tanya tak." Hajar mengangkat kepala sebelum mengangguk, memberi lalu kepada Kai bertanya.
"Hajar ingat apa-apa tak tentang lelaki tu? Like rupa dia, suara ke?" Hajar diam. Cuba mengingati apa tentang lelaki yang cuba merogol dirinya malam itu.
"Dia tak nampak jelas muka dia sebab dia pakai topeng. Tapi suara dia, macam pernah dengar."
"Hajar pernah dengar kat mana?" Hajar geleng. Dia tidak dapat mengingati dimana dia mendengar suara itu. Tapi yang dia pasti, suara itu sangat familiar.
Keadaan sunyi untuk seketika. Masing-masing masih kelihatan terkejut dengan berita yang baru sahaja mereka terima.
"Lengan dia." Hajar tiba-tiba bersuara. Terus dia memandang Kai yang duduk tidak jauh darinya.
"Kenapa?"
"Hajar ingat. Lengan sebelah kiri lelaki tu ada parut. Macam parut terbakar." Kai angguk. Sekurang-kurangnya ada juga yang Hajar ingat tentang lelaki itu.
Mata dikalihkan kepada Hazim. Kepala diangguk perlahan seolah mereka sedang berbincang sesuatu.
"Hajar jangan risau okay. Selagi kitorang ada, kitorang janji akan jaga Hajar dengan baik."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...