"Hajar dah stabil." Ujar Akif selepas keluar dari ward yang menempatkan Hajar.
"Keadaan dia okay je kan, Kif?" Akif senyum sebelum angguk.
"Alhamdulillah. Dia dalam keadaan baik. Tadi je denyutan jantung dia lemah, sebab dia hilang terlalu banyak darah." Akif memandang wajah Hazim. Lelaki itu tersenyum sahaja. Nasib baik darahnya sesuai untuk didermakan kepada Hajar.
Walaupun mereka berlima adik-beradik, namun hanya Hazim sahaja yang mempunyai golongan darah yang sama dengan Hajar, manakala Haziq, Hadif dan Hasif mempunyai golongan darah yang berlainan.
"Sekarang kita tunggu dia sedar."
"Boleh ke kalau kitorang nak lawat dia." Soal Hasif. Akif yang mendengar itu terus tersenyum bangga.
"Korang bernasib baik sebab ada kawan doktor macam aku tau. Sepatutnya tak boleh sebab waktu melawat dah habis ni, tapi disebabkan aku baik hati, aku bagi ke korang masuk." Ujar Akif berlagak. Sengaja ingin menceriakan keadaan. Yang lain sudak mencebik mendengar lelaki itu mengangkat bakul sendiri.
"Masuk lah. Tapi tak boleh lama. Hajar kena rehat. Eijaz, kau jaga Hajar kan."
"Kenapa?" Soal Eijaz pelik. Akif menggeleng sebelum tangan naik menunjukkan baju Eijaz yang sudah kotor dengan darah.
"Aku ada baju lebih dekat office aku. Nanti aku bagi kau." Eijaz angguk. Terus mereka semua kecuali Akif bergerak masuk ke dalam ward yang menempatkan Hajar.
Wajah pucat Hajar ditatap lama. Tampak tenang walaupun sebenarnya gadis itu sedang berlawan dengan sakit dari tikaman yang dia alami.
"Kalau lewat sikit tadi-" Hasif senyap. Tangan sejuk Hajar digenggam erat.
Cukup lah mereka berlima hilang kedua ibu bapa mereka sahaja. Tidak mahu perkara itu berulang lagi.
"Eijaz. Ni baju, pergi bersihkan diri dulu." Kemeja biru serta seluar slack hitam dihulurkan kepada Eijaz. Eijaz angguk perlahan sebelum bergerak ke arah tandas yang sudah tersedia didalam ward peribadi itu.
"Kif, pisau yang orang tu guna untuk tikam Hajar ada dengan aku. Nanti aku bagi kau. Check kesan ibu jari yang ada dekat situ." Akif mengangguk mendengar arahan Hazim.
Masing-masing diam, memerhati Hajar yang terbaring di atas katil itu.
"Berapa lama ambil masa untuk Hajar sedar?" Soal Kai. Mata hanya merenung tubuh kaku Hajar itu. Walaupun mereka hanyalah sepupu, namun dia sudah menganggap Hajar seperti adik kandungnya sendiri.
"Atas Hajar. Kalau dia kuat, mungkin esok dia dah sedar. Tapi kalau keadaan dia terlalu lemah, mungkin ambil masa lama juga lah." Terang Akif.
"Tak apa lah kalau macam tu. Kami balik dulu. Eijaz kau jaga Hajar kan?" Haziq menepuk perlahan bahu Eijaz.
"Jaga dia elok-elok. Aku yakin lelaki tak guna tu akan datang lagi lepasni."
"InsyaAllah. Kalau ada apa-apa aku bagitahu balik." Haziq angguk. Terus seorang demi seorang keluar meninggalkan Eijaz berseorangan didalam ward bersama Hajar.
Kaki melangkah mendekati wanita kesayangannya itu. Pipi lebam Hajar diusap lembut.
"Abang minta maaf, abang lambat." Ujar Eijaz perlahan. Dahi Hajar dikucup sayang sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di samping katil hospital itu.
Tangan sejuk Hajar digenggam kemas. Ciuman dilabuhkan pula pada kekura tangan isterinya.
"Isteri abang kuat. Hajar kuat. Tolong jangan tidur lama sangat. Abang rindu isteri abang." Wajah disembam di sebelah kepala Hajar.
Kalau lah dia bawa Hajar sekali tadi, pasti semua ini tidak akan terjadi. Salah dia.
"Abang always love you, sayang."
"Sandra tak tahu apa-apa, abang." Ujar Cassandra bersungguh-sungguh. Terkejut dia apabila Hadif tiba-tiba menyoalnya dengan soalan itu.
"Sandra jujur dengan abang?"
"Sandra berani bersumpah, abang. Sandra betul-betul tak buat semua tu." Cassandra menarik lembut tangan Hadif. Digenggam tangan suaminya itu dengan mata menikam lembut mata Hadif. Cuba menunjukkan kejujurannya.
"Betul, dulu Sandra benci Hajar. Tapi Sandra tak pernah pun terfikir nak buat Hajar sampai macam tu." Cassandra berkata lagi.
"Habis tu macam mana kunci yang hilang tu boleh ada dengan orang tu?" Soal Hadif sedikit keras namun masih mengawal emosinya.
Dia tidak mahu terus menengking dan menuduh Cassandra. Tambahan pula isterinya itu sedang mengandung, risau pula kalau terjadi apa-apa pada anak dalam kandungan itu.
"Sandra tak tahu. Waktu Sandra bagitahu abang tu pun Sandra baru perasan kunci tu hilang. Lepas kita balik dari rumah papa." Ujar Cassandra jujur.
"Tak mungkin papa atau aunty kut. Muka Sandra pun diorang tak nak tengok." Cassandra menggumam perlahan namun masih jelas di pendengaran yang lain. Hadif menggenggam tangan wanita itu.
Ayat Cassandra itu sangatlah menyentuh hatinya. Tampak sahaja wanita itu kuat, namun sebenarnya dia sedang menyembunyikan sakit yang dia rasa selama ini.
Dari awal perkenalan mereka lagi, dia sudah tahu kisah hidup Cassandra. Kisah gadis itu tidak sebahagia orang lain.
"Tak apa lah. Jangan fikir sangat, Sandra tu tengah mengandung." Hazim bersuara menamatkan segala pertelingkahan tadi.
"Biar kami je yang selesaikan semua ni. Korang tak payah risau." Hadif berkata. Tangan Cassandra yang berada dalam genggamannya diusap lembut.
"Maaf abang tuduh Sandra melulu." Cassandra angguk sahaja. Dia tak terasa dengan Hadif. Mungkin salahnya juga kerana cuai.
"Dah, semua pergi lah naik tidur. Esok kita pergi lawat Hajar dekat hospital." Arah Haziq. Isterinya awal-awal lagi sudah tidur dek kerana tidak sedap badan. Lagipula kandungan Kalisha sudah mencecah lapan bulan, jadi sudah tentu wanita itu cepat merasa penat.
"Harap esok ada lah berita baik."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...